Bagi seorang cat lover, kehilangan kucing yang sudah disayangi macam anak sendiri boleh menjadi hal cukup menyedihkan. Jadi, usahlah pelik sekiranya tuan mereka sanggup membuat hebahan ataupun pemberian ganjaran berbentuk duit sekiranya si bulus itu dapat ditemui kembali oleh sesiapa.
BACA : [VIDEO] Cemburu Tuan Bawa Balik Kucing Baru, Pororo Melawan Lepas Kena Tarbiah
Putam sebenarnya ‘kucing datang’…Jagalah, dia tak pernah buat hal berak dalam rumah
Di TikTok baru-baru ini, seorang lelaki berkongsikan mengenai kucing rumahnya yang diberi nama Putam. Sebenarnya, Putam adalah ‘kucing datang’ dan keluarga ini terus menjaga seperti haiwan belaan sendiri memandangkan perangainya juga sangat behave.
@untaboroi Replying to @justhayze mengandung utk manusia kann🤣 jaga sampai mati dah ni😙 #fyp
Sebenarnya tu kucing kami…Ingatkan dia tak hidup dah…Boleh PM ke?
Siapa sangka dengan penularan video itu, seorang netizen dipercayai tuan lama kepada Putam menyatakan itu adalah kucingnya yang sudah lama menghilang. Rupanya sudah setahun lebih dicari, awalnya dia menyangka si comel itu tidak hidup lagi. Enggan mementingkan diri, keluarga berkenaan bersetuju memulangkan semula Putam kepada tuan asalnya. Oleh kerana sudah terlalu sayang, terlihat salah satu ahli keluarga iaitu si adik mula menangis apabila Putam dibawa pulang.
@untaboroi Replying to @derahrj menangis adik saya tgk putam, jaga elok2 jangan bagi lari dah😙😅 #fyp #catsoftiktok
Si Putam tu lari, bukannya kena buang…Janganlah salahkan tuan dia, binatang bukan berakal
Perpisahan sedih itu bagaimanapun mengundang kecaman netizen kepada tuan asal Putam. Ada yang beranggapan wanita berkenaan mungkin menipu, namun penjelasan semula sudah pun dibuat. Rupanya, mereka ada membuat poster pencarian dahulu. Namun kucing tersebut gagal dijumpai memandangkan ia telah lari ke lokasi perumahan berbeza.
@untaboroi Replying to @sedpoteto_ jangan marah owner si putam tu dah😅 dia x salah pun #fyp #catlover
Kredit : TikTok Untaboroi
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
