Tips

Setahun Mampu Simpan Beribu Ringgit, Lelaki Kongsi Tips Menabung Modal Rendah

Setahun Mampu Simpan Beribu Ringgit, Lelaki Kongsi Tips Menabung Modal Rendah

Sharing is caring!

Seperti kebiasaannya, ramai yang memasang azam untuk menabung setiap kali menjelang tahun baharu. Namun sepanjang tempoh itu, ada yang berputus asa gara-gara tidak berjaya melakukannya. Hakikatnya, amalan menyimpan perlu teknik dan cara yang betul supaya ianya berkesan. Baru-baru ini seorang lelaki telah berkongsi tips untuk menabung mungkin boleh dijadikan panduan berguna kepada sesiapa yang mempunyai niat untuk menyimpan wang dengan efektif.

BACA: Student Pun Boleh Survive, Tapi Ada Caranya Gadis Ini Kongsi 5 Tips Menabung

Setahun Mampu Simpan Beribu Ringgit, Lelaki Kongsi Tips Menabung Modal Rendah

Simpanan cecah ribuan ringgit setahun

Menerusi posting oleh saudara Nazrul Akram di laman Facebook, mengatakan bahawa sebelum ini dia ada berkongsi cara simpanan wang untuk anak-anak. Manakala kali ini pula dia akan mendedahkan cara menyimpan tabungan sendiri sehingga mencecah ribuan ringgit setahun. Menurutnya, hasil simpanan tahunan ternyata lumayan dan membolehkan dirinya menggunakan wang tersebut bagi tujuan komitmen lain. 


Setahun Mampu Simpan Beribu Ringgit, Lelaki Kongsi Tips Menabung Modal Rendah

Setahun Mampu Simpan Beribu Ringgit, Lelaki Kongsi Tips Menabung Modal Rendah
Gambar sekadar hiasan

Boleh mula dengan modal rendah

Menariknya, lelaki ini berkata amalan ini boleh dipraktikkan bermula dengan modal serendah RM 3.00 sehari. Apa yang penting aktiviti menabung perlu dilakukan secara konsisten. Nazrul juga sempat berkongsi kiraan jumlah hasil simpanan mengikut modal yang telah dilaburkan. 

Setahun Mampu Simpan Beribu Ringgit, Lelaki Kongsi Tips Menabung Modal Rendah

Setahun Mampu Simpan Beribu Ringgit, Lelaki Kongsi Tips Menabung Modal Rendah
Gambar sekadar hiasan

Kalau malas simpan, tolak gaji siap-siap

Individu ini turut menyatakan kepada sesiapa yang merasakan tidak mampu untuk mendisiplinkan diri menabung setiap hari agar mengasingkan sebahagian wang daripada gaji bulanan. Di penghujungnya, Nazrul berkata meskipun dia bukan dari pakar kewangan namun dia hanya mahu mengingatkan agar sentiasa beringat untuk tujuan kecemasan terutamanya kepada golongan yang sudah berkeluarga.


Setahun Mampu Simpan Beribu Ringgit, Lelaki Kongsi Tips Menabung Modal Rendah

Setahun Mampu Simpan Beribu Ringgit, Lelaki Kongsi Tips Menabung Modal Rendah
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Facebook Nazrul Akram 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!