Cinta

Setahun Menjauh Sebab Tugas Pada Negara, Tapi Pulang Cuma Disambut Jasad Isteri

Setahun Menjauh Sebab Tugas Pada Negara, Tapi Pulang Cuma Disambut Jasad Isteri

Sharing is caring!

Bergelar seorang anggota tentera bukanlah sesuatu yang mudah. Itulah yang dilalui oleh seorang anggota pengaman MALBATT 850-7, Lans Koperal (LKpl) Mohd Noh Bin Samsudin apabila ditugaskan melaksanakan misi UNIFIL di Lubnan selama setahun. Atas tuntutan tugas, dia terpaksa hidup menjauh bersama isterinya. Tapi siapa sangka, perpisahan sementara itu kini bertukar menjadi selama-lamanya.

BACA: Lama Tak Balik Sebab COVID-19, Reaksi Anak Askar Excited Jumpa Papa Sebak Habis

Setahun tak jumpa, pulang hanya disambut jasad isteri tidak bernyawa

Kepulangannya kali ini tidak disambut dengan senyuman kasih si isteri tetapi hanya jasad yang sudah tidak bernyawa. Menerusi perkongsian dari laman Facebook My JointForce, hanya air mata kesedihan mengiringi pertemuan terakhir bersama wanita tersebut yang pulang ke rahmatullah akibat jangkitan kuman pada paru-paru.


Setahun Menjauh Sebab Tugas Pada Negara, Tapi Pulang Cuma Disambut Jasad Isteri

Setahun Menjauh Sebab Tugas Pada Negara, Tapi Pulang Cuma Disambut Jasad Isteri

Setahun Menjauh Sebab Tugas Pada Negara, Tapi Pulang Cuma Disambut Jasad Isteri

Tak sempat jumpa isteri sebelum hembus nafas terakhir kerana perjalanan jauh

Allahyarhamah Norhidayah binti Amishammuddin telah menghembuskan nafas terakhir 4 jam setibanya suami di KLIA. Di saat dunia masih bergelut dengan wabak pandemik COVID-19, anggota tentera ini turut tidak terkecuali untuk melalui prosedur kuarantin yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Setahun Menjauh Sebab Tugas Pada Negara, Tapi Pulang Cuma Disambut Jasad Isteri

Setahun Menjauh Sebab Tugas Pada Negara, Tapi Pulang Cuma Disambut Jasad Isteri

Setahun Menjauh Sebab Tugas Pada Negara, Tapi Pulang Cuma Disambut Jasad Isteri

Dibenarkan beri penghormatan terakhir lengkap berpakaian PPE

Namun demikian, beliau telah dibenarkan untuk memberi penghormatan terakhir kepada isteri kesayangan sebelum dikebumikan dengan ihsan dan juga budi bicara daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga KKM. Suasana bertukar hiba dan juga pilu apabila menyaksikan anggota berkenaan menziarahi isterinya dengan menyarung penuh Personal Protective Equipment (PPE).


Setahun Menjauh Sebab Tugas Pada Negara, Tapi Pulang Cuma Disambut Jasad Isteri

Setahun Menjauh Sebab Tugas Pada Negara, Tapi Pulang Cuma Disambut Jasad Isteri

Sumber: Facebook MyJointForce


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini