Setahun Susut 45kg, Gadis Kongsi Tips ‘Diet Atkins’ Yang Strict Tapi Berbaloi

Baik lelaki atau pun wanita, sudah menjadi lumrah setiap individu mahukan tubuh yang ideal dan sihat. Bagi mencapai sasaran yang diingini, seseorang itu perlu membuat banyak pengorbanan terhadap perkara yang paling digemari masyarakat iaitu makan. Bagi yang sudah memasang azam untuk melakukan transformasi penampilan pada tahun 2020 nanti, mungkin anda boleh cuba tips berkesan yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Bieda ini.

BACA: Hasil Diet Makan Cuma Sekali Sehari, Lelaki Ini Berjaya Turunkan 40 KG

Transformasi setahun lepas & terkini

Advertisement

Setahun buat diet Atkins…susut 45kg setakat ni

Advertisement

Menurut gadis ini, sudah lebih setahun dia tidak menyentuh nasi sejak memulakan rutin diet Atkins sejak pertengahan Oktober 2018. Selain itu, Bieda juga mengamalkan cara pemakanan yang lebih sihat dengan mengurangkan pengambilan gula dan minyak dalam makanan serta minumannya. Meskipun cara itu kedengaran agak ekstrem, namun dia tetap menggantikan semua sumber nutrisi itu dengan makanan yang kaya dengan protein dan serat.

Advertisement

Workout 4 kali seminggu…kalau malas boleh buat plank saja

Selain prinsip diet Atkins yang untuk mengehadkan makanan berkarbohidrat, gadis ini turut memaklumkan bahawa aktiviti workout juga menyebabkan lemak dalam badan dibakar sebagai sumber tenaga. Buat mereka yang malas atau tidak berpeluang ke gym, dia memberi saranan untuk cuba senaman plank walaupun cuma sekadar 5 minit.

Advertisement

Lain badan lain caranya…tapi semua bergantung atas usaha sendiri

Advertisement

Menyentuh soal ‘cheat day’  pula, Bieda berharap agar mereka yang melakukan diet tersebut agar jangan terlalu leka hingga berat badan kembali naik mendadak. Walaupun pada mulanya badan akan ‘terkejut’ dengan ‘jadual makan’ yang baru, tapi lambat-laun rasa itu akan hilang sebaik biasa dengannya. Dalam pada itu, remaja ini turut menasihati orang ramai agar jangan terlalu ikut rutin orang lain kerana badan setiap individu mempunyai had tersendiri. Paling penting adalah usaha yang konsisten.

Advertisement

Sumber: Twitter zubiedaboudjit

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?