Setelah Namie meniru gaya tentera British serta Haqiem Stopa menerusi 2 pusingan awal ‘Muzikal Lawak Superstar 2022’, semalam kumpulan Ubi sekali lagi membawakan konsep imitasi. Minggu ketiga ini menyaksikan Fad telah melakonkan watak Najib Ali yang kononnya menjadi guru ganti (dari Singapura) untuk mengajar di sebuah sekolah muzik persendirian.
BACA : Serius Ambil Gambar Pemain JDT, Gadis Muka Garang Tak Perasan Dirakam Live TV
Di sini cikgu nak cari kebolehan vokal kamu…Kamu perlu menggaring & merapatkan persembahan itu
Namie dan Sharif pula memegang karakter sebagai pelajar yang cuba diajar membuat nyanyian soprano dengan sempurna. Lucunya, Fad berjaya meniru Najib Ali bukan sahaja dari segi fasyen penampilan misalnya seperti baju bercorak dan juga topi. Bahkan dialog yang puitis serta aspek suara turut benar-benar menyerupai tuan badan.
@zuhairahauni__
Awak meniru suara Najib sama…Saya ketawa sampai keluar air mata…Setan korang ni
Tidak nampak keterlaluan, hasilnya persembahan itu berjaya menghiburkan para juri dan penonton. Najib Ali sendiri dilihat tergelak besar, manakala Datuk Awie turut memberikan 5 star kepada Ubi.
@__akakkorea__ Korang ni memang lawak la #UBI #MuzikalLawakSuperStar3 #sayasukasayakongsi
Namie & Sharif pun tak tahan gelak tengok karakter Fad. Kumpulan Ubi ni satu-satunya tang kelakar
Berbanding persembahan lain, ramai beranggapan Ubi adalah antara kumpulan paling kelakar yang berpotensi menjadi calon juara. Ditonton secara berulang kali pun, netizen merasa begitu terhibur.
Kredit : IG Zon Lawak, TikTok akak korea & zuhairahauni
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
