Setelah Bertarung 2 Bulan, Anak Syurga Pelawak Ali Puteh Kembali Pada Pencipta

Hampir 2 bulan bertarung dengan masalah kesihatan yang dihidapi, anak perempuan kepada pelawak Ali Puteh yang diberi nama Sharifah Ainul Mardhiah akhirnya kembali kepada pencipta. Lebih menyayat hati, lelaki tersebut sebelum ini dilihat setiap hari memuat naik perihal puterinya itu yang dibawah pengawasan doktor selepas menjalani satu operation berkenaan masalah jantung pada 11 November lalu. 

BACA: [VIDEO] Sebelum Operation Anak Celik Mata, Tapi Bila Pulangkan Balik Dia Kaku

“Tunggu walid dan ibu disana”

Advertisement

Berita sedih itu telah diumumkan melalui Instagram milik pelawak tersebut serta abangnya, Abam Bocey kira -kira sejam yang lalu. “Tunggu walid dan ibu disana, tidurlah sayang”. Lelaki itu yang sebak dengan kehilangan puteri bongsunya itu juga memohon orang ramai menitipkan doa buatnya.  

Advertisement

View this post on Instagram

Tidur lah sayang….. ALFATIHAH utkmu sayang…. INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN…..

Advertisement

A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on

Menghidap masalah injap jantung yang terbalik dan jantung berlubang

Advertisement

Anak kedua kepada lelaki itu sebelum ini disahkan menghidap masalah injap jantung yang terbalik dan juga jantung berlubang selepas beberapa hari dilahirkan. Ali Puteh yang ketika ini sedang beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega 2019 bersama dua lagi rakannya mengakui sedih kerana terpaksa berulang alik serta mencuri masa bagi menyertai pertandingan tersebut tatkala anaknya sedang bertarung nyawa. 

Advertisement

Syurga buatmu sayang, terus kuat sahabat

Susulan pemberitahuan tentang perkhabaran tersebut, rata-rata rakan artis mengucapkan takziah atas pemergian puteri comel itu. Netizen juga tidak melepaskan peluang mendoakan agar adik Ainul Mardhiah ditempatkan di syurga Allah S.W.T. 

Advertisement

Sumber: Instagram Ali Puteh dan Abam Bocik

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?