Artis Isu Semasa Viral

Setelah Tiga Bulan Dakwaan Isu Rumah Tangga Retak, Nia Ramadhani Buka Suara

Setelah Tiga Bulan Dakwaan Isu Rumah Tangga Retak, Nia Ramadhani Buka Suara

Sebut sahaja nama Nia Ramadhani, siapa yang tidak mengenali pelakon sensasi dari negara jiran ini. Dikaitkan dengan pelbagai kontroversi rumah tangga, baru-baru ini isu tersebut timbul apabila personaliti TV itu bakal didakwa memfailkan permohonan berpisah dengan suaminya. Bukan kali yang pertama, bahkan dakwaan rumah tangga Nia Ramadhani ‘berantakan’ kecoh sejak 2019 lagi.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Selepas apa yang berlaku, hubungan kami menjadi lebih erat

Selepas mendiamkan diri selama tiga bulan, pelakon drama ‘Bawang Putih Bawang Merah’ ini akhirnya tampil menafikan dakwaan rumah tangganya berantakan. Malah hubungan suami isteri mereka semakin pulih sejak isu narkoba yang lalu. Jelas selebriti negara jiran ini lagi, kini dia sedang aktif membantu pasangannya dalam menguruskan sebuah pertandingan seni mempertahankan diri.

Setelah Tiga Bulan Dakwaan Isu Rumah Tangga Retak, Nia Ramadhani Buka Suara

Ingin menebus kesalahan lalu terhadap anak dan suaminya

Menurut pasangan sejoli itu, mereka mahu fokus terhadap 3 orang cahaya mata serta menebus kembali kesalahan yang pernah dilakukan. Baru-baru ini, selebriti tersebut sempat meluangkan masa bersama seisi keluarga dengan pergi bercuti ke luar negara. Jelas Nia dan Ardi, itu adalah salah satu cara mereka bagi mengeratkan lagi hubungan masing-masing.

Semoga kejadian kemarin menjadi bahan pelajaran untuk membina keluarga dengan baik

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen menasihati pelakon filem itu supaya tidak mengulangi kejadian yang sama. Di samping itu, mereka juga menitipkan doa agar rumah tangganya kekal abadi hingga ke akhir hayat.

 

Setelah Tiga Bulan Dakwaan Isu Rumah Tangga Retak, Nia Ramadhani Buka Suara

Setelah Tiga Bulan Dakwaan Isu Rumah Tangga Retak, Nia Ramadhani Buka Suara

Setelah Tiga Bulan Dakwaan Isu Rumah Tangga Retak, Nia Ramadhani Buka Suara

Kredit: Portal Liputan6 dan portal mStar

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Setelah Tiga Bulan Dakwaan Isu Rumah Tangga Retak, Nia Ramadhani Buka Suara

Facebook

Telegram