Menjadi janda terkadang dianggap sebagai benda buruk di mata masyarakat. Ini membuatkan ramai golongan ibu tunggal sedaya upaya menyorokkan status sebenar mereka kerana wujud rasa rendah diri. Lebih-lebih lagi di fasa awal perpisahan dengan bekas suami, hendak mengumpulkan kekuatan bagi meneruskan hidup bukanlah perkara mudah.
BACA :Â Sambil Tunggu Turn Mahkamah, Suami Tak Lepas Tangan Isteri Sebelum Lafaz Talak
Seteruk apa suami dia dulu sampaikan dah berpisah, dia happy sangat?
Namun hal sebaliknya terjadi kepada seorang wanita ini apabila dia dilihat sangat gembira walhal baru sahaja sahaja bergelar janda. Tatkala ada yang akan menangis sehingga kemurungan, Puan Marianne nampak begitu tabah seolah-olah sedang meraikan kebebasan dan kegembiraan berjaya keluar daripada perkahwinan yang memberikan kesedihan.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
@igmikyobeautyroom mau sedih tapi orang nya malah happy udah resmi status janda 😄
Tetaplah menjanda ya…Biarlah aku sebagai kawan akan teman ke mana-mana
Mengikut kapsyen yang ditulis, rakan kepada wanita itu juga tidak sangka akan melihat aura keriangan sebegitu rupa. Namun selaku BFF, dia juga menumpang bahagia selain akan menjadi pendamping setia selepas ini ke mana jua mereka berada. Lantaran penularan video itu, difahamkan bekas suami Puan Marianne cuba hendak rujuk semula.
@igmikyobeautyroom Balas @rhisnuds_ biarpun cantik sekarang masih menjanda juga dia 😂
@igmikyobeautyroom Balas @mikekarmila3 bener banget udah keluar dari sangkar emas mertua 😂
Merdeka daripada segalanya…Tahniah sudah bebas…Di lubuk hati paling dalam, pasti ada kesedihan
Melalui ruangan komen, ramai netizen wanita berkongsikan kenangan manis serupa apabila mereka berjaya bebas daripada bekas suami yang membuatkan pernikahan mereka penuh dengan air mata. Namun di sudut lain, Puan Marianne disifatkan sedang cuba menyembunyikan kesedihan sendiri dengan cuba berpura-pura gembira.
Kredit : TikTok EmmyLiaHyeKyo
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura