Isu Semasa

Setiap Hari Ada Staf Kesihatan Positif COVID-19, Doktor Minta Orang Ramai Jujur

Setiap Hari Ada Staf Kesihatan Positif COVID-19, Doktor Minta Orang Ramai Jujur

Sharing is caring!

Sikap mementingkan diri di kalangan segelintir rakyat Malaysia dalam musim koronavirus ini bakal meletakkan Malaysia pada risiko gelombang ketiga penularannya. Apa yang pasti, kesannya boleh menjadikan jangkitan wabak tersebut berada di luar kawalan seperti apa yang tekah berlaku di Itali. Meskipun bilangan jumlah yang disahkan positif terus meningkat saban hari, namun masih ada pihak yang masih memandang ringan akan masalah berkenaan.

BACA : COVID-19 Masih Tiada Penawar Sampai Sekarang, Lelaki Ini Jelaskan Sebabnya


Setiap Hari Ada Staf Kesihatan Positif COVID-19, Doktor Minta Orang Ramai Jujur
Gambar sekadar hiasan

Setiap hari staf dijangkiti

Menurut Ahmad Samhan di laman Facebook miliknya, dia mendapat laporan mengenai staf kesihatan yang dijangkiti wabak COVID-19 pada setiap hari. Tambahnya lagi, staf tersebut bukanlah tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan. Namun semua berpunca daripada sikap orang ramai yang tidak jujur sewaktu mendapatkan rawatan. Ahmad yang merupakan seorang doktor berkata tidak pasti apakah sebabnya ramai yang seolah-olah merahsiakan bahawa mereka ada kontak rapat dengan orang yang dijangkiti telah memudaratkan banyak pihak.

Setiap Hari Ada Staf Kesihatan Positif COVID-19, Doktor Minta Orang Ramai Jujur

Setiap Hari Ada Staf Kesihatan Positif COVID-19, Doktor Minta Orang Ramai Jujur
Gambar sekadar hiasan

Jujur, kami takkan marah

Doktor tersebut juga berkata penularan wabak ini merupakan perkara yang tidak boleh dipandang enteng. Justeru sebagai staf yang bertugas di barisan hadapan, dia meminta semua pihak supaya bersikap jujur kerana mereka tetap akan diberikan rawatan walaupun telah disahkan positif COVID-19. Ahmad turut memberitahu kebanyakan petugas mengalami tekanan kerana beban kerja yang banyak selain perlu memakai sut khas yang tidak selesa sepanjang sesi rawatan.


Setiap Hari Ada Staf Kesihatan Positif COVID-19, Doktor Minta Orang Ramai Jujur

Setiap Hari Ada Staf Kesihatan Positif COVID-19, Doktor Minta Orang Ramai Jujur
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Facebook Ahmad Samhan


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Setiap Hari Ada Staf Kesihatan Positif COVID-19, Doktor Minta Orang Ramai Jujur

Sharing is caring!