Hiburan Isu Semasa Viral

Setiap Hari Dapat DM Minta ‘Ubah’ Gigi, Usop Selesa Dengan Rupa Diri

Setiap Hari Dapat DM Minta ‘Ubah’ Gigi, Usop Selesa Dengan Rupa Diri

Sharing is caring!

Bekas naib juara program realiti Mentor Milenia 2017, Usop kini semakin popular dengan lagu bertajuk ‘Selamanya’. Protege kepada Hazama itu turut berjaya membawa lagu tersebut hingga ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 yang lalu. Walau bagaimanapun posting terbaru yang telah dimuat naik penyanyi itu menjadi perhatian apabila dirinya disarankan netizen untuk mengubah struktur giginya supaya lebih elok dan teratur. 

BACA: Pakej Cukup Lengkap- Apex Tajudin Tepati Ramalan Juara Mentor Milenia 2019

Setiap Hari Dapat DM Minta ‘Ubah’ Gigi, Usop Selesa Dengan Rupa Diri

Tolak tawaran betulkan gigi

Bertindak secara matang, penyanyi berusia 22 tahun itu malah tidak terkesan dengan teguran tersebut. Baginya, dia sudah selesa dengan rupa diri sendiri dan menyifatkan gigi kepunyaannya itu adalah sebagai rezeki. Biarpun ada pihak yang sanggup menaja untuk melakukan perubahan kepada giginya, namun Usop memilih untuk menolak tawaran berkenaan. Baginya, mungkin dia tidak sekacak artis lelaki lain tetapi kebersihan serta penampilan diri tetap dijaga dengan begitu rapi. 



Setiap Hari Dapat DM Minta ‘Ubah’ Gigi, Usop Selesa Dengan Rupa DiriSetiap Hari Dapat DM Minta ‘Ubah’ Gigi, Usop Selesa Dengan Rupa Diri

Setiap Hari Dapat DM Minta ‘Ubah’ Gigi, Usop Selesa Dengan Rupa Diri

Sudah lali ramai mengejek

Menerusi artikel Harian Metro, penyanyi ini makin lali apabila seringkali diuji saat ramai mengejek paras rupanya yang dikatakan sama dengan watak kartun Usop Sontorian. Apa-apa pun dia tetap berserah kepada Allah kerana bagi Usop, setiap pemberian rezeki terletak di tangan-Nya. Menjengah ke ruangan komen, beberapa rakan artis dilihat memberi semangat kepadanya supaya tidak menghiraukan kata-kata netizen yang negatif. 


Setiap Hari Dapat DM Minta ‘Ubah’ Gigi, Usop Selesa Dengan Rupa Diri Setiap Hari Dapat DM Minta ‘Ubah’ Gigi, Usop Selesa Dengan Rupa Diri

Setiap Hari Dapat DM Minta ‘Ubah’ Gigi, Usop Selesa Dengan Rupa Diri

Sumber: Instagram Usop Official &  Harian Metro 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!