Family Hiburan

Sharnaaz Ambil Keputusan Untuk Failkan Permohonan Nusyuz Pada Nabila

Sharnaaz Ambil Keputusan Untuk Failkan Permohonan Nusyuz Pada Nabila

Sharing is caring!

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita di mana kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila, telah memfailkan permohonan berpisah terhadap suaminya, Sharnaaz Ahmad. Tidak lama selepas berita tersebut tersebar, Nabila turut kongsikan beberapa foto ketika dia berada di Kompleks Mahkamah Syariah menerusi laman Instagramnya, seakan-akan untuk memberitahu keadaan sebenar rumah tangganya bersama pelakon itu.

BACA: Unfollow IG Isteri, Keluarga Mentua, Hubungan Sharnaaz Dan Nabila Dipersoal

Sharnaaz Ambil Keputusan Untuk Failkan Permohonan Nusyuz Pada Nabila

Sharnaaz failkan permohonan nusyuz


Terkini, menurut laporan Metro, Sharnaaz telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini. Difahamkan Sharnaaz telah membuat permohonan berkenaan sejak 19 September yang lalu.

Sharnaaz Ambil Keputusan Untuk Failkan Permohonan Nusyuz Pada Nabila
Kredit Foto: mStar

Sama-sama kita selesaikan perkara ini dengan cara yang paling baik…

Tambah Metro lagi, antara punca utama Sharnaaz melakukan perkara tersebut adalah kerana mahu yang terbaik buat rumah tangganya, serta mahu memperbetulkan semula segala spekulasi yang melanda keluarga itu.


Sharnaaz Ambil Keputusan Untuk Failkan Permohonan Nusyuz Pada Nabila

Sharnaaz Ambil Keputusan Untuk Failkan Permohonan Nusyuz Pada Nabila

Difahamkan juga, mereka telah melantik ahli keluarga sendiri sebagai jawatankuasa pendamai (JKP) masing-masing. Di mana Sharnaaz telah melantik kakaknya iaitu Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakilnya, manakala Nabila pula melantik ayah tirinya iaitu Abdul Hakim Khan. Pelantikan ini telah dibuat memandangkan pelakon itu tidak bersetuju untuk menerima tuntutan yang telah dikemukakan oleh isterinya.

Sharnaaz Ambil Keputusan Untuk Failkan Permohonan Nusyuz Pada Nabila

Sumber: Metro, mStar, IG noornabila & sharnaazahmad


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharnaaz Ambil Keputusan Untuk Failkan Permohonan Nusyuz Pada Nabila

Sharing is caring!