Hiburan Viral

Shila Amzah Malu-Malu Diusik Soal Sharnaaz, Sakan Fara Fauzana -“Love You Eh”

Shila Amzah Malu-Malu Diusik Soal Sharnaaz, Sakan Fara Fauzana -“Love You Eh”

Sepanjang kemeriahan malam Anugerah Juara Lagu (AJL 36) hujung minggu lalu, ramai sekali penggiat seni lain menyuarakan pendapat serta sokongan mereka kepada rakan artis yang bertanding. Antara yang dilihat cukup aktif sekali di Twitter ialah Michael Ang dan juga Sharnaaz Ahmad.

BACA: Kantoi Haqiem Rusli Terbatuk Waktu Perform AJL, Gaya Profesional Dipuji Ramai

Superb music, berdiri bulan uban jambang aku….Kalau tak menang, bubar jelah AJL

Sejak dari awal lagi, pelakon lelaki terkenal tersebut dilihat menyokong hebat persembahan daripada Sekumpulan Orang Gila (SOG) X Shila Amzah. Malah artis itu sempat berseloroh kononnya nyanyian tersebut membuatkan dirinya naik meremang. Bukan itu sahaja, dia juga cukup berharap karya tersebut dapat menang di pentas berprestij berkenaan.

Shila Amzah Malu-Malu Diusik Soal Sharnaaz, Sakan Fara Fauzana -“Love You Eh”

Shila Amzah Malu-Malu Diusik Soal Sharnaaz, Sakan Fara Fauzana -“Love You Eh”

Shila Amzah Malu-Malu Diusik Soal Sharnaaz, Sakan Fara Fauzana -“Love You Eh”

Tahniah Sha, love you...Oh takde itu aku tambah…Jangan buat hal lah kak

Benar tekaan ramai apabila persembahan dari SOG X Shila berjaya menambat hati juri sekaligus merangkul gelaran juara. Ketika ditemubual stesen radio Hot FM, Fara Fauzana selaku deejay sempat lagi mengusik penyanyi wanita tersebut tentang sokongan serta ulasan Shaarnaz mengenai nyanyiannya. Lantas membuatkan selebriti tersebut terus bertukar malu-malu dan cuba untuk menukar topik.

@shilalasunited

Demam AJL36 lagi ni hehe #shilaamzah #AJL36 #SOG

♬ Pelukan Angkasa (feat. Shila Amzah) – Sekumpulan Orang Gila

Shila dengar nama Sharnaaz terus berbunga-bunga dia…Mamu dah boleh masuk line kot

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen malah terhibur melihat reaksi Shila ketika sakan diusik rakan baiknya Fara Fauzana. Dalam pada itu, ramai juga meluahkan sokongan jika bekas pasangan selebriti itu berbaik semula seperti dulu.

Shila Amzah Malu-Malu Diusik Soal Sharnaaz, Sakan Fara Fauzana -“Love You Eh”

Shila Amzah Malu-Malu Diusik Soal Sharnaaz, Sakan Fara Fauzana -“Love You Eh”

Shila Amzah Malu-Malu Diusik Soal Sharnaaz, Sakan Fara Fauzana -“Love You Eh”

Kredit: TikTok shilalasunited 

 

 

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Shila Amzah Malu-Malu Diusik Soal Sharnaaz, Sakan Fara Fauzana -“Love You Eh”

Facebook

Telegram

Kasut