Siapakah di sebalik topeng? Selepas kejayaan Aina Abdul dan Shila Amzah, kali ini rakyat Malaysia kembali meneka artis manakah yang bertanding dalam ‘The Masked Singer Malaysia‘ musim ke-3. Lebih gah, sebanyak 15 kostum dengan busana hebat sekali lagi diketengahkan dalam program realiti berikut.
BACA :Â Selamba Tapau Lagu Rap, Netizen Yakin Hannah Delisha Di Sebalik Burung Hantu
Baru minggu first Shuib dah ternganga…tak sangka Misha Omar buat kejutan jadi peserta
Siapa sangka, barisan juri termasuklah Shuib ternganga di minggu pertama sejurus dapat tahu identiti sebenar kostum Cik Mawas. Rupa-rupanya, Misha Omar buat gimik menjadi peserta sulung untuk ‘tersingkir’ kerana dirinya bakal mengisi kerusi juri ke-9 dalam program itu. Terdahulu, dia menyampaikan lagu ‘Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti’ namun dalam versi yang berbeza untuk kelirukan para penonton.
@y13nnn29_ #cikmawas #mishaomar #minggupertama #themaskedsingermy #themaskedsingermy3 #themaskedsinger #themaskedsingermalaysia #musim3 #siapadisebaliktopeng #random #live #viral #trending #fypage #fypシ #fyp #fypシ゚viral #malaysian #malaysia #malaysiatiktok
Akak tengok scammer ramai berjaya dalam hidup…itu jadi scammer suara, biar padan muka diorang
Ketika ditemu bual, pelantun lagu ‘Bunga-Bunga Cinta’ ini berseloroh teruja dapat scam rakan-rakan juri yang lain. Hakikatnya, Misha Omar akui ini merupakan gimik hiburan yang unik dan tiada dalam program realiti nyanyian lain.
Pandai betul Kak Mitch ubah suara…dia punya gaya jalan atas pentas pun boleh tahan, ingatkan remaja
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui rasa tertipu ketika melihat persembahan Cik Mawas sebelum identiti sebenarnya didedahkan. Dalam waktu sama, mereka turut kagum dengan penampilan Misha Omar yang seolah-olah langsung tidak dimamah usia.
Kredit : IG zonlawak & TikTok y13nnn29_
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
