“Siang Malam Kerja Keras Demi Anak” -Fatin Afeefa Kongsi Jerih Jadi Ibu Tunggal

Rumahtangga yang terbina seharusnya diuruskan bersama suami dan juga isteri. Namun bukan semua wanita dapat merasai bahagia berpanjangan apabila terpaksa berpisah hidup dengan lelaki yang pernah disayanginya. Membesarkan anak-anak tanpa suami bukanlah suatu hal yang mudah. Demikianlah situasi yang turut dihadapi oleh aktres menawan Fatin Afeefa. Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri melalui Instagram miliknya semalam.

Baca : Sibuk Bersesak Di Bazar Ramadan, Ibu Tak Perasan Anak Hampir Dibawa Lari!

Advertisement

Kata Afeefa, anak lelakinya iaitu Arrian menunjukkan kesedihan apabila dia sibuk bekerja. Namun begitu, anak kecil tersebut seakan memahami bahawa kesibukan ibunya adalah untuk mencari duit demi kelangsungan hidup mereka. Melihat keadaan tersebut, Fatin Afeefa merasa amat bersalah memandangkan dia juga sudah lama tidak bercuti bersama dengan anak-anak tercinta.

Tak dinafikan bahawa bekerja memang memenatkan. Tapi menurut Fatin Afeefa, dia lebih penat dengan sikap orang luar yang suka bercakap bukan-bukan tentang dirinya. Di masa hadapan, dia amat risau sekiranya Arrian dan Arra akan membencinya setelah membaca segala k0ntroversi dan berita tidak benar yang pernah tercetus berkaitan dirinya.

Advertisement

Bergelar ibu tunggal bukanlah satu hal yang mudah. Apa sahaja yang cuba dibuatnya demi Arrian dan Arra, semuanya salah di mata semua orang. Padahal, dia tidak pernah meminta pertolongan daripada orang lain jika menyentuh tentang kebajikan anak-anak. Walaupun Arrian dan Arra masih kecil, mereka berdua juga seakan memahami dan akan datang memujuk ibu mereka yang hampir patah semangat.

Advertisement

Dalam posting ini, Fatin Afeefa juga sempat meminta maaf kerana gagal menjadi ibu yang baik. Namun, dia tak pernah berhenti berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak tersayang!

Mama kumpul duit dulu, nanti kita pergi bercuti…

Advertisement
View this post on Instagram

Tadi borak dengan arrian while i was driving back, I told him I have work tomorrow and he said “oh again?” Dia diam for a while and then said “mommy work nak cari duit kan? Its okay, i understand. Maybe next time” And it hits me, my heart aches. It has been a long time since we had our last vacation. Im too caught up with work. I work early morning sampai late night to give my kids nothing but the best. Mommy penat kadang kadang. I really am. Bukan pasal kerja. But with what strangers have to say about me. Everyday I fikir, when they grew up and read all these article which arent true about me, will they agree that Im a bad mom? Or will they will hate me? Single mom. That title itself is hard to carry. Whatever i do, im always wrong. Mesti dorang cakap mommy tak reti jaga arrian and arra. But little did they know, i never asked for financial help when it comes to you guys. I support my child, 100% by my own. No one will ever see what I go through everyday. Everytime Im about to breakdown, I will always remember what Arrian said to me. “Mommy please dont cry cause Allah is with you” He’s my pillar of strength. Kalau dia tak ada, i taktau what will happen to me. Arra is too small to understand but she’s the sweetest girl ive known. But I know, deep down she loves me. When im at my lowest, she will come and give me the longest hug ever. Im sorry for not being the best mom. But Im trying. Im still trying. Thank you for for being my no.1 supporter. Thank you for being the best child. Thank you for always believing in me. And big thanks to arrian hari hari doa mommy kaya. Amin. Mommy kumpul duit sikit lagi then we go vacation okay? Aduh panjang pulak karangan 😂 My beautiful child, I love you so much and I will never let anyone hurt you. I’ll block them! 😜 @adamaisyarrian @ivyarrasophia ♥️

A post shared by 𝓚𝓱𝓪𝓵𝓮𝓮𝓼𝓲 (@fatinafeefa) on

Advertisement

Sumber : Instagram Fatin Afeefa

Advertisement

Apa Komen Anda?