Cinta Hiburan

Siap Bagi 1 Bakul Surat Cinta, Mira Filzah Akui Wan Emir Miliki Sifat Romantik

Siap Bagi 1 Bakul Surat Cinta, Mira Filzah Akui Wan Emir Miliki Sifat Romantik

Sharing is caring!

Saat yang paling dinantikan oleh kebanyakan peminat, akhirnya terlerai jua. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, aktres jelita Mira Filzah telah sah menjadi isteri kepada jejaka bernama Wan Emir Astar. Majlis pernikahan yang bertemakan Mihrab Cinta itu telah diadakan di Kuala Lumpur dan turut dihadiri oleh rakan-rakan serta keluarga terdekat. Namun, pasti ramai juga yang ingin mengetahui kisah antara merpati dua sejoli ini kan?


BACA: “Jodoh Anda Akan Tiba Nanti” – Mira Filzah Titip Pesanan Buat Peminat Single

Puji keberanian Wan Emir…dah plan nak kahwin, baru saling jumpa mak ayah 

Menerusi YouTube Official Ria X, Mira Filzah menyatakan perasaan cinta terhadap lelaki itu hadir tanpa disedarinya. Selain itu, selebriti ini turut memuji lelaki berkenaan kerana berani untuk bertemu dengan ibunya sehinggalah dia diminta untuk berkenalan sesama sendiri. Pelakon drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ ini menyatakan mereka saling bertemu dengan ibu bapa masing-masing setelah merancang untuk mendirikan rumah tangga.


Siap Bagi 1 Bakul Surat Cinta, Mira Filzah Akui Wan Emir Miliki Sifat Romantik

Siap Bagi 1 Bakul Surat Cinta, Mira Filzah Akui Wan Emir Miliki Sifat Romantik

Siap Bagi 1 Bakul Surat Cinta, Mira Filzah Akui Wan Emir Miliki Sifat Romantik

Nampak formal, tapi Wan Emir sangat kelakar…paling romantik sebab hantar surat sampai sebakul

Selain itu, pelakon kecil molek ini memilih Wan Emir kerana mengagumi sikapnya yang sangat menghormati orang tua dan sentiasa bersikap tenang. Mira Filzah mengakui lelaki tersebut sangat kelakar meskipun perwatakan luarannya nampak formal dan tegas. Turut tidak ketinggalan, selebriti wanita ini menyatakan bahawa jejaka itu pernah menulis surat kepadanya dan kini hampir sebakul coretan itu telah dikumpul.


Sumber: Youtube Official Ria X

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini