Siap Bagi ‘Warning’, Ucapan Hari Lahir Isteri Kepada Lan Solo Padu Habis!

Siapa sahaja yang tak mengenali kehebatan penyanyi yang pernah beraksi bernama kumpulan Kristal suatu masa dahulu. Meskipun kini membawa haluan secara solo, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan bin Mohamed Yusof selesa menjalani karier seni sambil dibantu oleh isteri yang turut bertindak selaku pengurusnya, Nur Sheila Hassim. Mahligai rumah tangga mereka juga dilihat semakin meriah apabila dikurniakan 4 orang cahaya mata.

BACA: R&R Banyak Ditutup, Isteri Dato Fazley Yaakob Terpaksa Lepas Hajat Dalam Semak!

Bersempena dengan tarikh ulangtahun ke -34 penyanyi itu pada hari ini, sebentar tadi Sheila ada memuat naik ucapan yang sangat ‘istimewa’ buat suaminya itu.

Cukup 4 orang anak je…jangan berani nak handle ‘tambahan’ yang tak sepatutnya

Ucapan yang turut diselitkan sedikit unsur amaran itu ternyata menghiburkan ramai pengikutnya di ruangan komen posting terbabit.

Hehe comel je pesanan…

Keras amaran ni…lawak lah kak Sheila

Statement wife you win habis lah! Aku baca pun gelak

Sumber: IG sheilarazlan

Apa Komen Anda?