Viral Artis rancangan tv

Siap ‘Memerintah’ Krew, Peserta Uji Bakat Cantik Tapi Kekwat Buat Juri Marah

Siap ‘Memerintah’ Krew, Peserta Uji Bakat Cantik Tapi Kekwat Buat Juri Marah

Tidak dinafikan, wajah cantik menjadi nilai tambah seseorang diterima masuk ke dalam industri hiburan termasuklah di peringkat ujibakat pencarian artis baru. Namun begitu, personaliti tetap menjadi keutamaan. Jika mempunyai bakat emas serta pakej kecantikan sekali pun, seseorang itu mungkin sukar diterima jika mempunyai sikap buruk. Itulah hal yang terjadi di udition pertandingan nyanyian dangdut berjudul ‘D5 Academy’ beberapa hari lalu.

BACA : Ini Pelapis TokTi Ibu Lantang Minta Anak Diberi Peluang Masuk Ujibakat TV3

Hai, saya Bella…Sebelum nyanyi, saya nak mengadakan ritual (minit 0 : 51)

3 orang juri terpaksa menahan sabar setelah berdepan seorang peserta cantik bernama Bella. Kemunculannya dengan busana indah serta wajah yang menawan nyata meraih pujian. Pun begitu, dia hanya membuat wajah garang dan tak mengucapkan terima kasih. Tanpa senyuman, dia membawa masuk seorang lelaki dan kemudian menyuruh untuk taburkan kelopak bunga ros. Sebelum persembahan dimulakan, Bella yang sangat ‘kekwat’ malah memberikan arahan kepada jurukamera untuk bersedia.

Siap ‘Memerintah’ Krew, Peserta Uji Bakat Cantik Tapi Kekwat Buat Juri Marah

Siap ‘Memerintah’ Krew, Peserta Uji Bakat Cantik Tapi Kekwat Buat Juri Marah

Bella, kamu itu menyanyi atau sedang ejek Kak Dewi? Ataupun nak bersaing dengan Kak Dewi? (minit 4:05)

Sedikit demi sedikit, perangai berlagak Bella membuatkan juri tidak selesa. Tatkala persembahan berlangsung, mereka bertiga gagal menyembunyikan wajah kecewa kerana nyanyian peserta itu hanyalah indah khabar dari rupa. Bukan sahaja nampak tidak serius, malahan dia dipertikai kerana seolah-olah mengejek penyanyi asal lagu itu iaitu Kak Dewi yang sudah mula berubah wajah di kerusi juri.

@indosiarid

Kok mirip banget yah? hmm.. #DAcademy5 #DAcademy #Indosiar #fypシ

♬ original sound – Indosiar – Indosiar

Siap ‘Memerintah’ Krew, Peserta Uji Bakat Cantik Tapi Kekwat Buat Juri Marah

Siap ‘Memerintah’ Krew, Peserta Uji Bakat Cantik Tapi Kekwat Buat Juri Marah

Kalau juri ajak berbual, ekspresi kamu jangan begitu sayang…Nampak tak sopan (minit 6:08)

Tidak mengaku telah meniru idea MV asal, Bella menegaskan persembahan itu adalah 100% bergantung kepada kreativitinya sendiri. Akibat reaksi biadab, juri sempat memberikan teguran bahawa attitude merupakan aspek paling penting dalam pembawaan diri. Apabila tidak terpilih untuk mara, gadis itu sempat merayu diberikan peluang sebelum dibawa keluar dari ruang uji bakat.

Kredit : TikTok Indosiar ID, YouTube Indosiar

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Siap ‘Memerintah’ Krew, Peserta Uji Bakat Cantik Tapi Kekwat Buat Juri Marah

Facebook

Telegram

Facemask For Kids