Cinta Family

Siap Selotep Satu Badan, Bapa Naik Motor Dipuji Angkut Kereta Mainan Demi Anak

Siap Selotep Satu Badan, Bapa Naik Motor Dipuji Angkut Kereta Mainan Demi Anak

Kebahagian anak-anak merupakan kegembiraan bagi setiap ibu bapa. Sejak cahaya mata dilahirkan, mereka akan berusaha mengerah tenaga bagi membesarkan zuriat dalam keadaan yang senang. Walaupun susah, namun suami isteri ini sanggup menyembunyikan kesusahan demi melihat senyuman di wajah mereka.


BACA: Anak Sambut Birthday Ke-10, Moment Suap Ibu Bapa Buta Pula Runtun Hati Ramai

Bapa nak surprise hadiah buat anak, sanggup beli sebuah kereta elektrik

Sama juga seperti situasi yang dikongsikan oleh mismar25 apabila merakam sebuah moment penuh hiba melibatkan seorang ayah. Berdasarkan sorotan di laman TikTok, lelaki berkenaan difahamkan telah membeli sebuah kenderaan elektrik bersaiz besar buat anak tercinta. Tidak pasti apa tujuannya, namun yang pasti ia semata-mata ingin mengembirakan si kecil di rumah.

Siap Selotep Satu Badan, Bapa Naik Motor Dipuji Angkut Kereta Mainan Demi Anak

Sanggup tahan malu angkut mainan guna motosikal, siap selotep satu badan

Bagaimanapun, apa yang mencetuskan sebak adalah lelaki berkenaan telah hadir dengan menaiki motosikal. Namun, ia sedikitpun tidak mematahkan hasratnya. Lebih mengharukan, dia sanggup membalut satu badannya menggunakan selotep supaya ia tidak mudah rebah ke jalan. Malah, orang yang berada disekeliling juga sempat terharu termasuklah si perakam.


@mismar25

Pengorbanan seorang ayah #fyp

♬ Sayang sayang jangan terlalu sayang pada diriku – Isma Sane

Mesti berkoba-koba hati ayah nak balik hanya nak lihat senyuman yang terukir daripada wajah si anak

Setakat ini, video berdurasi 24 saat itu telah mencecah sebanyak 372.6 ribu views. Rata-rata netizen pada ruangan komen juga cukup berasa terharu melihat kegigihan seorang ayah membeli sebuah permainan. Walaupun terpaksa menahan malu, namun insan ini sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagian anak-anak.


Siap Selotep Satu Badan, Bapa Naik Motor Dipuji Angkut Kereta Mainan Demi Anak

Siap Selotep Satu Badan, Bapa Naik Motor Dipuji Angkut Kereta Mainan Demi Anak

Siap Selotep Satu Badan, Bapa Naik Motor Dipuji Angkut Kereta Mainan Demi Anak

Kredit: TikTok mismar25

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Siap Selotep Satu Badan, Bapa Naik Motor Dipuji Angkut Kereta Mainan Demi Anak

Facebook

Telegram