Fesyen dan gaya rambut artis terkenal sering menjadi ikutan para peminat. Namun kadangkala, expectation vs reality berkenaan hasil yang didapati sememangnya cukup berbeza dan terkadang mencuit hati ramai. Tidak ketinggalan, wanita ini turut mengalami pengalaman yang sama ketika mencuba stail rambut baru.
BACA : Sebalik Kecomelan Rambut Bayi Baju Kuning, Netizen Terhibur Rupanya Kena Scam
Aku rasa nak potong rambut sebab frust…Aku try la gaya budak sekarang mullet hair
Pastinya ramai perempuan di luar sana juga faham betapa golongan Hawa akan berfikir panjang sebelum memotong rambut. Bagi Zara, gaya rambut mullet yang dimahukan ibarat indah khabar dari rupa. Trend rambut yang menjadi sensasi di kalangan anak muda itu dirasakan kurang sesuai dengan bentuk wajahnya.
Ini tak jadi Tokyo…Kalau tak boleh buat, cakap tak boleh buat
Sempat menunjukkan gambar watak Tokyo dalam drama TV terkenal ‘Money Heist‘, itu adalah contoh rambut yang diminta namun dengan versi usah terlalu pendek. Kurang berpuas hati dengan hasil berkenaan, dia bagaimanapun sempat ‘membahan’ rambut sendiri dan lebih lawak lagi apabila kedengaran loghat Melaka yang begitu ‘piaw’.
@zara_zayne20 Yang tidak tidak pulak dipikirkan harini 😂
Ini gaya rambut mak kita masa zaman muda mudi…Jambul depan mesti mau naik punya…Lawa je tengok
Melalui ruangan komen, netizen turut terhibur mendengar bebelan Zara namun masih beranggapan stail itu sebenarnya ‘mengena’ dengan wajahnya. Ada juga yang mengenangkan gaya rambut itu seperti rambut zaman muda mudi ibu mereka dahulu.
Kredit : TikTok zara zayne20
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
