“Siapa Je Yang Tahan Dengan Kau”- Kutuk Ex BFF, Zarina Dedah Sisi Buruk Fathia

Umum mengetahui persahabatan antara pelakon Fathia Latiff dengan Zarina Anjouli (Anju) kini sudah berakhir sejak tahun lepas lagi atas beberapa konflik yang tidak dinyatakan secara jelas oleh mereka. Sejak persahabatan mereka berakhir, kedua-dua wanita ini nampaknya membawa haluan masing-masing. Namun begitu, kontroversi berkaitan Fathia bagai tidak berkesudahan malah semakin teruk selepas mereka bergaduh. 

BACA: Bengang Diperlekeh Fathia, Gadis Dedah Insiden Awkward Terserempak Artis Sendu

Baru-baru ini, Anju telah menghentam bekas rakan baiknya itu menerusi ruangan di IG story. Anju telah mengutuk Fathia Latiff yang kini padanya seperti seorang loser dan mendedahkan perangai buruk wanita itu sehingga membuatkan dia kini tidak mempunyai kawan. 

Sebab kau memang ada masalah tak boleh hormat orang

Berhenti jadi orang talam dua muka.. perangai kau menjijikkan

Kalau nak career kau hancur.. teruskan burukkan aku

Semua panggil kau giIa. Takda orang back up kau

Kelakar tak.. 3.3 million followers on insta tapi betina ni takde kawan! Bayangkanlah.. kepada kawan2 baru dia good luck sebab akan bertahan 1 bulan je 

Hal itu dimuatnaik Anju selepas bengang dengan kenyataan dibuat Fathia berhubung isu ‘buang’ kawan untuk mempertahankan kerjaya seninya dalam satu artikel Asia Kini yang disiarkan beberapa hari lau. 

Fathia dedah terpaksa ‘buang’ kawan sebab benda ni

Dalam artikel tersebut, Fathia akui terpaksa mengamalkan sikap memilih kawan bagi memastikan dia dapat terus bertahan dalam industri hiburan. Dia juga akui tersalah pilih kawan boleh menjejaskan reputasinya gara-gara dikaitkan dengan pelbagai kontroversi.

Penjelasan Fathia itu nampaknya tidak diterima dan disangkal oleh bekas rakan baiknya.

Lepas minta maaf pastu ‘bambu’ aku kat press

Sumber: IG story zarina_anjoulie, Asia Kini

Apa Komen Anda?