Siapa Kata Makan ‘Fast Food’ Tak Boleh Slim? Lelaki Dedah Berjaya Turunkan 31kg

Sudah menjadi impian kebanyakkan orang untuk mendapatkan berat badan atau BMI yang ideal. Mana taknya, penampilan yang seperti ‘tak cukup makan’ atau terlalu berisi boleh menyebabkan seseorang individu itu berasa malu untuk tampil di khalayak serta memuat naik foto di media sosial. Meskipun pelbagai usaha boleh dilakukan bagi mencapai ke arah itu, namun hakikatnya ramai yang gagal untuk memperoleh hasil yang mantap kerana kurang motivasi atau berhenti sekerat jalan.

BACA: “Berlapar Boleh Turunkan Berat Ka?” – Che Ta Dedah 5 Rahsia Maintain Slim

Malah, siapa kata penggemar fast foods tak boleh susutkan berat badan tanpa skip makanan jenis terbabit? Tips diet yang dikongsikan oleh saudara Shamil di laman Twitter ini nyata telah memberi inspirasi kepada ramai netizen apabila berjaya menurunkan 31kg dalam masa 2 bulan lebih saja!

Gambar sekadar hiasan

Saya faham perasaan orang berisi…sebab dulu pun pernah gemok juga

Saya makan semua benda…tapi kalori setiap hari tetap jaga

Walaupun terdapat bermacam rutin sihat yang boleh diamalkan, namun pemuda ini hanya memantau pengambilan kalori setiap hari dan melakukan senaman beterusan sahaja. Dari segi motivasi pula, Shamil turut memperoleh inspirasi daripada salah seorang jurulatih dalam rancangan ‘The Biggest Loser‘ iaitu Jillian Michaels. Hasilnya dia bukan setakat berjaya meraih berat badan idaman, malah terbabas daripada sasarannya iaitu daripada 90kg ke 59kg setakat ini.

Mengenai perubahan lain pada diri pula, saya perasan jerawat kat muka dah beransur hilang, metabolisme badan berubah, kulit saya tiba-tiba bertambah cerah.

Mengenai hubung-kait dengan makanan segera itu pula, sebenarnya perkara itu tiada masalah asalkan setiap individu menjaga jumlah kalori yang diambil setiap hari. Selain itu, dia turut berkongsikan beberapa tips lagi untuk mengekalkan komitmen dan semangat juang bagi mereka yang sedang berusaha ke arah ini.

Tak payah tunjuk perkembangan kat media sosial…cari benda yang boleh bagi semangat

Jangan timbang berat setiap hari…percaya pada diri sendiri boleh berubah

Makan 5 jenis sayur setiap hari…saya juga tak percaya konsep cheat day

Dalam pada itu, Shamil turut menyatakan bahawa dia menjamah sekurang-kurangnya 5 jenis sayur yang berbeza pada setiap hari. Walaupun tidak dinafikan agak sukar untuk memperoleh menu juadah yang lebih sihat atas faktor makanan bergoreng lebih senang dijumpai dan kosnya agak mahal, namun ianya tetap boleh dilakukan oleh setiap orang. Selain itu, dia juga mengamalkan rutin seperti ini kerana tidak percaya dengan konsep ‘cheat day‘ yang hanya menaikkan kembali berat badan.

Sumber: Twitter shmlhzm

Apa Komen Anda?