“Siapa Kata Tak Boleh Makan Durian Masa Hamil & Lepas Bersalin?” – Dr Imelda

Kelazatan buah durian memang tidak dapat disangkal lagi. Sebab itulah ianya digelar sebagai Raja Buah. Malah boleh dikatakan juga bahawa majoriti masyarakat di negara ini sangat gemar buah tersebut walaupun ianya bermusim, sehinggakan ada yang sanggup melanggan hingga ratusan ringgit demi menjamah jenis durian yang ‘rare‘ di pasaran. Namun begitu, wanita hamil sering dimomokkan dengan pantang larang tidak boleh makan buah itu seperti dikhuatiri bayi akan lahir pramatang dan juga keguguran.

BACA: “Mana Boleh Jual Isi Durian Sahaja, Peniaga Boleh Lingkup!”

Gambar sekadar hiasan

Siapa kata tak boleh makan durian masa mengandung & lepas bersalin? 

Apabila dengar nasihat seperti itu, pastinya ibu-ibu yang mengidamkan buah tersebut menjadi tertekan dan perkara ini sangat tidak bagus. Terpanggil dengan persoalan tersebut, Dr Imelda Balchin telah memberikan respon balas kepada salah satu komen netizen di laman Facebook baru-baru ini. Menurut pakar saklt puan ini, dia menafikan mitos itu kerana buah durian terhasil semulajadi, maka sudah semestinya tidak memudaratkan kesihatan si ibu dan juga kandungan.

Gambar sekadar hiasan

Suruh suami berhenti mer0k0k..bukan sekat isteri makan buah

Namun begitu, beliau tetap menyarankan semua pihak agar menjamah dalam kadar sederhana. Hos rancangan terbaru ‘Tanya Dr Imelda’ ini turut menempelak sikap ‘makcik bawang’ yang memberikan nasihat sesuka hati tentang perkara yang melibatkan kesihatan. Secara ringkas, beliau menasihati orang ramai bahawa amalan berpantang yang terbaik bukanlah menyekat para isteri daripada makan buah-buahan berkhasiat. Sebaliknya golongan suami yang perlu ditegur agar hentikan amalan mer0k0k.

Sumber: FB Imelda Balchin

Apa Komen Anda?