“Siapa Letak Benda Alah Tu?” – Lelaki Dedah Kisah Seram Diganggu Kuda Mainan

Sudah menjadi budaya rata-rata masyarakat kita untuk menyimpan patung di rumah. Dicipta dengan rupa bentuk yang sangat comel, ia sememangnya bertujuan untuk menghiburkan golongan kanak-kanak. Selain itu, ada juga yang menjadikannya sebagai perhiasan atau peneman dalam kamar tidur. Namun begitu, ramai pihak terutamanya ibu bapa tidak menyedari bahawa trend sebegini boleh mengundang gangguan yang tidak sepatutnya.

BACA: “Akak Nampak Nenek Hidup Balik” – Gadis Kongsi Kisah Seram Mata Hijab Dibuka

Pergi dapur jam 2 pagi…terdengar ada budak kecil gelak di ruang tamu

Advertisement

Menerusi pendedahan yang pernah dibuat oleh Dr Kamarul Ariffin, beliau pernah berdepan dengan situasi yang aneh dan menyeramkan dengan beberapa mainan anaknya. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2 pagi tatkala mahu membasahkan tekak di dapur rumah. Disangka mungkin kelibat anak kecilnya, beliau pergi memeriksa kawasan yang tiba-tiba sahaja ada mengeluarkan bunyi hilai tawa.

Advertisement

Jantung macam nak meletup…siapa letak benda alah tu?

Dr Kamarul kemudiannya memeriksa kawasan itu buat kali terakhir sebelum kembali sambung tidur. Akan tetapi, gangguan misteri itu rupanya tidak terhenti setakat di situ sahaja. Beliau sekali lagi terdengar bunyi serupa sewaktu naik ke tingkat 1 sebelum terkejut dengan satu penemuan objek yang tidak disangka-sangka.

Advertisement
Tengok mata dia. Peh, seram..

Masa bawa balik, anak teruja…tapi bila dapat dia menangis takut

Menyingkap kembali kehadiran mainan tersebut, beliau membelinya atas minat mendalam anak terhadap haiwan. Malangnya, kuda ‘bouncy hopper‘ itu tidak diminati kanak-kanak tersebut dan hanya dijadikan sebagai barang perhiasan sahaja di ruang tamu rumahnya. Apabila gangguan yang sama berulang buat kali kedua, dia mengambil keputusan untuk ‘mengurungnya’ di dalam stor pula. 

Advertisement

“Jangan simpan kalau tak guna sebagai permainan…biar kotor”

Mengadu kepada rakannya, Dr Kamarul dinasihati agar jangan membiarkan sebarang mainan tidak disentuh terlalu lama. Tindakan tersebut seolah-olah menjadikannya sebagai alat pemujaan, seterusnya menjadi medium terbaik untuk dihuni makhluk halus. Maka kuda itu pun terus ‘dibelasah’ ahli keluarganya, manakala mainan yang tidak lagi diminati dibawa keluar dari kediaman mereka.

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter dr_chaku

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?