“Sikit Pun Tiada Rasa Bersalah Ke?” – Guru Luah Terkilan Dakwaan Exam PT3 Bocor

Sejak beberapa hari lalu, Malaysia dikejutkan dengan dakwaan kononnya terdapat set kertas soalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) ‘bocor’ yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram. Meskipun perkara itu berada dalam siasatan pihak KPM untuk memastikan kesahihannya, ternyata banyak kekecohan timbul gara-gara dakwaan berikut. Terpanggil dengan isu ini, seorang guru bernama Fadhli Salleh tampil menyatakan pendapatnya menerusi Facebook baru-baru ini.

BACA: Penat Belajar Tinggi-Tingi, Tapi Jadi Cikgu Taska Sekadar Basuh Berak Budak Je?

Manusia tanpa integriti…tiada harga diri

Berasa muak apabila isu ini tercetus hampir saban tahun, guru lelaki ini meluahkan rasa kesal terhadap pihak pelaku yang nyata bertindak atas kepentingan diri sendiri. Susulan daripada isu sebegini juga, banyak pihak yang merasai tempias selain menjatuhkan semangat calon-calon peperiksan di seluruh negara.

Gambar sekadar hiasan

Tiada rasa bersalahkah dalam diri?

Cikgu Fadhli turut mempersoal kewajaran pihak yang sanggup menipu demi membolehkan anak atau para pelajar mereka meraih ‘kejayaan palsu’. Berdasarkan pengalamannya sepanjang bergelar seorang pendidik, dia tidak pernah mendedahkan sebarang soalan walaupun sekadar peperiksaan akhir tahun untuk mengetahui prestasi terkini semua pelajarnya.

Anak-anak lihat kita sebagai cerminan…mereka akan contohi perangai kita

Memandangkan kertas ujian besar seperti PT3 ini adalah dokumen terhad, maka hanya kakitangan pentadbiran dan pentaksiran sahaja yang bertanggungjawab terhadap kerahsiaan serta keselamatan soalan terbabit. Jika terdapat sebarang maklumat dibocorkan, Cikgu Fadhli khuatir sikap sebegini boleh memberikan tanggapan buruk terhadap generasi muda.

Sumber: FB Mohd Fadli Salleh

Apa Komen Anda?