Cinta Hiburan

Simbolik 7 Tahun Kenal, Farah Nabilah Terima RM77,777.77 & 7 Dulang Hantaran

Simbolik 7 Tahun Kenal, Farah Nabilah Terima RM77,777.77 & 7 Dulang Hantaran

Sharing is caring!

Semalam telah berlangsungnya detik penyatuan dua jiwa buat pelakon terkenal, Farah Nabilah dan pilihan hidupnya iaitu Mohammed Amirul Yunus yang ditayangkan secara khas melalui laman Youtube TV3. Merpati dua sejoli itu berjaya diijabkabulkan oleh bapa kepada pengantin perempuan sendiri, Datuk Saipudin Ahmad dalam majlis penuh bermakna di Hotel Royale Chulan Damansara.

BACA: 7 Tahun Perkenalan, Farah Nabilah Umum Bakal Kahwini Pilot Disember Nanti

RM77,777.77 sebagai simbolik 7 tahun perkenalan

Farah yang popular dengan drama ‘Cik Reen dan Encik Ngok Ngek’ telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran  berjumlah RM77,777.77 beserta 7 dulang berbalas tujuh. Majlis pernikahan yang dihadiri lebih 300 orang jemputan terdiri daripada keluarga, rakan-rakan dan juga media itu berlangsung dengan penuh meriah.


Simbolik 7 Tahun Kenal, Farah Nabilah Terima RM77,777.77 & 7 Dulang Hantaran

Simbolik 7 Tahun Kenal, Farah Nabilah Terima RM77,777.77 & 7 Dulang Hantaran

Bertunang dahulu di awal majlis

Mengenakan persalinan cantik berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizalman Ibrahim, wajah pelakon wanita itu dilihat berseri-seri saat berjalan menuju ke pelamin yang tersergam indah. Di awal majlis yang sama, selebriti itu turut menerima sebentuk cincin sebagai lambang pertunangan oleh ibu kepada Amirul.

Simbolik 7 Tahun Kenal, Farah Nabilah Terima RM77,777.77 & 7 Dulang Hantaran Simbolik 7 Tahun Kenal, Farah Nabilah Terima RM77,777.77 & 7 Dulang Hantaran Simbolik 7 Tahun Kenal, Farah Nabilah Terima RM77,777.77 & 7 Dulang Hantaran

Diperkenalkan oleh Izara Aishah

Mengimbas kembali detik perkenalan mereka, Farah telah diperkenalkan dengan pemuda berkenaan oleh rakan baiknya iaitu Izara Aishah sejak masih menuntut di sebuah universiti pada 7 tahun lalu. Sifat sabar yang ditonjolkan oleh lelaki itu sepanjang persahabatan mereka telah berjaya memikat hati wanita berkenaan bagi menerima lamaran untuk menjadi suri hatinya. 


Simbolik 7 Tahun Kenal, Farah Nabilah Terima RM77,777.77 & 7 Dulang Hantaran Simbolik 7 Tahun Kenal, Farah Nabilah Terima RM77,777.77 & 7 Dulang Hantaran

 Sumber: Instagram Mahligai Cinta TV3 dan TV3 Malaysia 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!