Artis Antarabangsa cinta * perhubungan

Sindir Pasal Badan Alia Bhatt ‘Gendut’ Ketika Hamil, Suami Buat Permohonan Maaf

Sindir Pasal Badan Alia Bhatt ‘Gendut’ Ketika Hamil, Suami Buat Permohonan Maaf

Mendirikan rumah tangga pada 14 April tahun ini, aktres terkenal Bollywood iaitu Alia Bhatt berkongsikan detik gembira mengenai kehamilan anak sulungnya. Mengikut jangkaan, dia akan bersalin sekitar bulan Disember nanti atau mungkin awal tahun hadapan. Walau bagaimanapun, baru-baru ini suaminya, Ranbir Kapoor pula menerima kecaman netizen gara-gara kontroversi body shaming.

BACA : Tiru Rupa Gangubai Kathiawadi Wajah Ayu Mimi Ernida Dipuji Mirip Aktres Asal

Alia belum habis cakap, tiba-tiba suami menyampuk

Dalam sebuah klip video yang tersebar, ketika itu Alia dan Ranbir dikatakan sedang berada dalam sebuah sidang media live YouTube untuk mempromosikan filem lakonan mereka bersama. Tatkala diajukan soalan mengenai kerja-kerja promosi dan hebahan projek itu, awalnya Alia sudah bersedia memberikan jawapan balas.

“Kami akan promosikan filem ini nanti. Tapi kalau anda tanya mengenai kenapa kami tidak lakukan hebahan di mana-mana, sebenarnya sekarang fokus kami adalah… – Alia Bhatt

Sindir Pasal Badan Alia Bhatt ‘Gendut’ Ketika Hamil, Suami Buat Permohonan Maaf

Sindir Pasal Badan Alia Bhatt ‘Gendut’ Ketika Hamil, Suami Buat Permohonan Maaf

Fat shaming isteri sendiri…Bergurau pasal benda macam ni sangat tak sensitif

Percakapan belum lagi selesai, namun Ranbir yang ada di sebelah tiba-tiba menyampuk dan memandang ke arah perut isterinya. Dengan tidak semena-mena, dia juga menyindir tentang isu kenaikan berat badan yang dialami oleh Alia sejak hamil pada Jun lalu. Dalam erti kata lain, pelakon lelaki itu dianggap melakukan perbuatan fat shaming padahal pertambahan saiz tubuh merupakan hal sensitif bagi seorang wanita mengandung. Walaupun pelakon filem ‘Gangubai Kathiawadi’ berkenaan dilihat tertawa, namun netizen mula melampiaskan kemarahan pada Ranbir.

Maaf andai kata saya trigger sesiapa dengan gurauan tu

Seminggu kemudian, Ranbir akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada sesiapa yang terguris hati dengan gurauannya terhadap Alia Bhatt tempoh lalu. Di satu sudut lain, dia akui Alia langsung tidak mengambil hati tentang isu berkenaan dan hubungan mereka baik-baik sahaja.

“Saya cinta sangat pada isteri saya berbanding segalanya. Rasanya gurauan yang saya buat tu tak menjadi. Bukan niat saya. Dah bincang dengan Alia, dia ketawa je & tak ambil hati pun. Saya sedar cara saya melawak agak teruk, akhirnya ia berbalik pada diri sendiri” – Ranbir Kapoor

Sindir Pasal Badan Alia Bhatt ‘Gendut’ Ketika Hamil, Suami Buat Permohonan Maaf

Sindir Pasal Badan Alia Bhatt ‘Gendut’ Ketika Hamil, Suami Buat Permohonan Maaf

Sindir Pasal Badan Alia Bhatt ‘Gendut’ Ketika Hamil, Suami Buat Permohonan Maaf

Kredit : Portal Hindustan Time, Twitter Lakeer Ka Fakeer

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sindir Pasal Badan Alia Bhatt ‘Gendut’ Ketika Hamil, Suami Buat Permohonan Maaf

Facebook

Telegram