Isu Semasa

Singapura Umum Lockdown Sebulan, Rakyat Malaysia Jalan Kaki Pulang Ke Johor

Singapura Umum Lockdown Sebulan, Rakyat Malaysia Jalan Kaki Pulang Ke Johor

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terpaksa akur dengan arahan kerajaan untuk menutup pintu masuk negara selama 14 hari. Namun beberapa hari lalu, kerajaan negara Republik itu telah melaksanakan semi lockdown dengan menutup sekolah dan kebanyakan tempat kerja sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19.


BACA : Panik Sebab Amaran Jingga, Singaporean Kalut Beli Barang Tapi Ini Pula Terjadi

Singapura Umum Lockdown Sebulan, Rakyat Malaysia Jalan Kaki Pulang Ke Johor
Kredit foto : Berita Harian

Berjalan kaki sejauh 1.5 KM

Rentetan itu, rakyat Malaysia yang mencari rezeki di negara seberang berkenaan dijangka akan masuk semula ke tanah air dengan berjalan kaki melalui tambak Johor sejauh 1.5 kilometer. Hal ini kerana mereka bimbang akan berhadapan dengan risiko hilang pekerjaan selain kos sara hidup yang tinggi. Selain itu, mereka juga khuatir akan tersadai di negara tersebut kerana tempoh semi lockdown yang dilaksanakan agak lama. Walau bagaimanapun, kebanyakan majikan di sana tidak memberhentikan pekerja mereka tetapi disarankan untuk mengambil cuti tanpa gaji.


Singapura Umum Lockdown Sebulan, Rakyat Malaysia Jalan Kaki Pulang Ke Johor
Gambar sekadar hiasan

Disaran cuti tanpa gaji

Pelaksanaan PKP sejak tiga minggu lalu turut menjadi sebab mereka bertekad untuk pulang. Hal ini kerana kebanyakan mereka terpisah dengan ahli keluarga dan bimbang tidak dapat menyambut bulan Ramadhan bersama keluarga. Berdasarkan statistik, seramai 400 ribu rakyat Malaysia yang mencari nafkah di Singapura dan hampir separuh daripadanya berulang alik setiap hari dari Johor Bahru.


Singapura Umum Lockdown Sebulan, Rakyat Malaysia Jalan Kaki Pulang Ke Johor
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Berita Harian

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Singapura Umum Lockdown Sebulan, Rakyat Malaysia Jalan Kaki Pulang Ke Johor

Facebook

Telegram