Skip Breakfast Takkan Buat Anda SIim! 5 Makanan Ini Yang Berkesan Untuk Diet

Bila bercakap pasal diet ramai yang akan terfikir untuk tidak bersarapan, sedangkan sarapan sangat penting dalam diet harian kita. Jika kita tidak bersarapan, kecenderungan untuk kita makan dengan banyak pada waktu tengahari semakin meninggi. Jadi, bila mahu diet perkara paling penting adalah sarapan kerana sarapan akan memberi tenaga bagi memulakan hari. Ikuti lima tips sarapan sihat untuk diet. 

Baca: Hasil Diet Makan Cuma Sekali Sehari, Lelaki Ini Berjaya Turunkan 40 KG!

1. Oatmeal
Bila menyebut nama makanan ini akan terfikir rasanya yang tawar tapi ia dipenuhi dengan kaIsium, serat dan zat besi yang baik untuk badan. Rasa tawar tidak apa kerana anda boleh makannya dengan susu ataupun dengan buah-buahan segar untuk menambah rasa dan khasiat.  Makanan seperti gandum ini boleh mengurangkan masalah jantung dan kadar kolestrol.

Gambar Sekadar Hiasan

2. Roti gandum
Pasti ramai yang tak tahukan, kandungan serat dan karbohidrat yang terdapat di dalam roti gandum lebih tinggi berbanding dengan roti yang biasa kita makan setiap hari. Jadi tukarkan roti putih anda kepada roti gandum sewaktu sarapan.

Gambar Sekadar Hiasan

3. Yogurt
Bila kita ke pasararaya pastinya akan mencari yogurt dahulu kan. Walaupun yogurt mempunyai rasa yang masam tapi ia mengandungi protein dan kalsium yang diperIukan untuk tubuh. Memakan yogurt pada waktu sarapan pasti akan membuat anda berasa kenyang yang lebih lama dan membantu dalam mengurangkan berat badan.

Gambar Sekadar Hiasan

4. Telur
Beberapa biji telur yang direbus dimakan pada waktu sarapan boleh membuat anda kekal kenyang sehingga tengahari. Untuk pengetahuan, telur mempunyai protein, asid lemak dan omega 3 yang baik untuk badan.

Gambar Sekadar Hiasan

5. Susu
Susu merupakan minuman yang penting untuk sarapan. Untuk yang tidak sempat bersarapan penuh bolehlah bersarapan dengan hanya minum susu. Susu mengandungi kalsium dan protein yang sangat penting oleh tubuh untuk melalui hari-hari yang mencabar.

Gambar Sekadar Hiasan

Untuk pengetahuan semua, diet bukan hanya untuk mengurangkan berat badan sahaja, tapi untuk mengekalkan kesihatan yang berkualiti. Jangan sesekali tidak bersarapan kerana ia adalah salah satu rutin penting dalam diet. Semoga tips ini bermafaat untuk semua.

Sumber: BabyBurnAngels

Apa Komen Anda?