Sorang Di Sabah, Sorang Di Johor – Kalau Dah Jodoh, Jarak Bukanlah Penghalang!

Seorang di Sabah, seorang lagi pula di Johor. Siapa sangka sebuah perkenalan di aplikasi BeeTalk telah mempertemukan dua insan yang terpisah jarak beribu batu ini dan akhirnya mereka dapat duduk bersama-sama di atas jinjang pelamin jua. Selepas kisah pernikahan mereka tular di laman Twitter baru-baru ini, gadis bernama Nur Amirah Binti Ahwiddan, 23, menyatakan bahawa perkara itu bukan punca untuk berjauhan dengan suaminya, Muhamad Akmal Bin Zainal, 24. Malah ianya hanya menguatkan lagi hubungan cinta di antara mereka.

BACA:¬†“I Miss You Sayang..” – Sebak! Bercinta 9 Tahun, Tapi Kahwin Cuma 3 Bulan Saja

“Saya takut pada awalnya sebab jarak kami sangat jauh. Bayangkan saya di Papar, Sabah. Sementara dia pula menetap di Yong Peng, Johor.”

Di awal perkenalan mereka, Amirah pada mulanya tidak berani untuk meletakkan harapan yang besar untuk bercinta dan sekadar berkenalan saja dengan jejaka itu. Namun semuanya berubah apabila mereka bertentang mata buat kali pertama di Kuala Lumpur sekitar tahun 2015. Pertemuan ketika itu diaturkan oleh sepupunya selepas mengetahui Akmal adalah rakan teman lelakinya ketika itu.

“Saya memang tak sangka langsung dapat berjumpa dengan dia. Malah selama 3 tahun perkenalan, kami jumpa 5 kali sahaja. Dan tiap kali berjumpa, tak tergambar perasaan seronok tu.”

Sepupu Amirah

Dalam hubungan seperti ini, penerimaan keluarga sangat mustahak kerana ada yang tidak membenarkan anak duduk berjauhan daripada mereka. Namun, keluarga Amirah menerima Akmal dengan hati terbuka apabila dia sanggup terbang ke Sabah dalam pertemuan kedua mereka pada 2016. Setahun selepas itu, mereka bertemu sekali di KL dan Akmal membawanya untuk berjumpa dengan keluarga di Johor pula. Pada 12 April 2019, kedua-duanya selamat diijabkabulkan dan bersanding sekali dengan kakak Amirah di kediaman mereka.

“Ayah saya merupakan seorang pemalu. Tapi apabila dia (Akmal) selesa berbual dengannya, jadi saya dan keluarga tahu dia memang seorang yang sangat peramah. Malah sewaktu menghantarnya ke airport untuk pulang ke Semenanjung, keluarga saya turut bersedih kerana terpaksa berpisah dengannya.”

Amirah dan Akmal bersama ibu bapa masing-masing

Kakak Amirah dan suaminya yang turut bersanding pada hari yang sama

Walaupun kami ada juga bergaduh sikit-sikit, tapi jangan berhenti percaya pada partner kita. Kalau ada perasaan ragu-ragu, terus tanya. Kunci yang paling penting bagi Percintaan Jarak Jauh (PJJ) ini adalah kesabaran dan selalu bersangka baik. Kalau jaga 2 perkara ni, In shaa Allah semuanya akan berjalan lancar.

Ketika dihubungi, Amirah menyatakan dia tertarik dengan sifat matang, baik hati dan jujur yang dimiliki oleh suaminya. Dia juga sanggup berhenti mer0kok selepas mengetahui gadis tersebut tidak selesa dengannya sebelum mereka mendirikan rumah tangga lagi. Dalam pada itu, Amirah juga menyatakan rasa syukur kerana sepanjang mereka berjauhan, suaminya sentiasa berterus terang dan membantunya ketika menghadapi masalah walaupun berhubung cuma melalui telefon sahaja.  

Sumber: Twitter amirahahwiddan_  & IG amirahahwiddan

Apa Komen Anda?