Bagi kebanyakan orang, peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) merupakan peperiksaan yang amat penting untuk masa hadapan dan penentu segala-galanya. Namun begitu, pemuda dengan akaun Twitter @haaaniff ini mempunyai tanggapan sebaliknya dan dapat membuktikan seseorang itu mampu berubah ketika menimba ilmu.
BACA: “Ada 2 Benda Ni,Rezeki Lain Menyusul”- Ustaz Don Dedah Tips Perkahwinan Bahagia
Ada 3 cara untuk capai kejayaan, mempunyai azam yang teguh adalah penting
Hanif tidak lokek berkongsikan 3 perkara yang perlu diaplikasikan oleh setiap pelajar sehingga mampu mencapai dekan setiap semester sepertinya. Menurutnya, seseorang itu perlulah mempunyai keazaman yang teguh bagi menghadapi apa jua cabaran walaupun sebelum ini pernah dihalang oleh saudara-mara sendiri untuk memasuki matriks.
Usaha ada 2 cara iaitu pre-study dan consult…
Bagi aspek usaha pula, Hanif mempelajari 2 cara daripada salah seorang rakannya. Bagi cara pre-study, seseorang itu haruslah cuba untuk belajar sendiri bab atau topik yang masih belum diterangkan oleh pensyarah atau guru. Untuk cara consult pula, pemuda ini akan membuat 2 set soalan sebelum merujuk jawapan dengan pensyarah atau berbincang dengan rakan lain.

Tawakal adalah langkah terakhir, habiskan masa at least 2 jam untuk ulang kaji
Akhir sekali, seseorang itu haruslah bertawakal kerana Hanif percaya bahawa setiap usaha dan azam yang dilakukan akhirnya berbalik kepada ketentuan Allah. Di hujung bebenang berkenaan, pelajar ini sempat memberikan tips terakhir yang diamalkan iaitu mengulang kaji sekurang-kurangnya 2 jam setiap hari.
Sumber: Twitter @haaaniff
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura