Stres Kawan Ejek & Disisih Keluarga, Tak Sangka Ini Luahan Pilu Murid Darjah 5

Belajar untuk mendapatkan keputusan cemerlang bukanlah sesuatu yang mudah. Sehinggakan ada sebilangan pelajar mula berasa tertekan oleh sebab terlalu didesak oleh ibu bapa bersikap high expectation dalam pencapaian akademik. Malah lebih mengejutkan, konflik pelajar ini sudah bermula sejak peringkat awal lagi. Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi mengenai masalah tekanan dihadapi oleh pelajar di salah sebuah sekolah. 

BACA: Stress Ibu Ayah Berpisah Depan Mata, Remaja Pernah 2 Kali Nekad Tamatkan Nyawa

Stress dalam kalangan budak sekarang real

Advertisement

Menerusi posting oleh saudara Akhi Fairuz di laman Twitter, dia telah berkongsi pengalaman yang diperoleh sepanjang membuat program motivasi dalam kalangan pelajar darjah lima. Apabila diminta untuk menulis luahan hati mereka di whiteboard, dia mendapati bahawa ramai pelajar menghadapi masalah yang hampir sama. Tetapi mereka tiada tempat untuk meluahkan perasaan. Lebih serius lagi, apabila ada yang mengatakan hasrat untuk mencuba bahan terlarang. 

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

 

Advertisement

Kajian dedahkan remaja seawal 13 tahun alami depression

Tambah lelaki ini lagi, hasil program motivasi tersebut menguatkan lagi dapatan kajian oleh Kesihatan Mental Malaysia. Hal ini di mana mendapati bahawa remaja seawal usia 13 tahun sudah mengalami masalah depression. Lelaki ini sempat menjelaskan status terkini pelajar yang mahu terlibat dengan bahan terlarang seperti yang tertera di whiteboard itu. Meskipun ayahnya bergelar seorang penagih, tapi kanak-kanak itu masih lagi selamat di bawah bimbingan guru kaunselor. 

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Pernah kena ejek juga dulu

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata turut merasai kepedihan yang dialami oleh pelajar sekolah berkenaan. Malahan tidak kurangnya juga ada yang memberikan komen bahawa pernah mengalami pengalaman buruk lebih kurang sama sewaktu di bangku persekolahan. Setakat ini, posting berkenaan telah meraih lebih 10 ribu retweets.

Advertisement

 

Advertisement

Sumber: Twitter akhifairuz

 

Advertisement

Apa Komen Anda?