Inspirasi

Stress Ibu Ayah Berpisah Depan Mata, Remaja Pernah 2 Kali Nekad Tamatkan Nyawa

Stress Ibu Ayah Berpisah Depan Mata, Remaja Pernah 2 Kali Nekad Tamatkan Nyawa

Sharing is caring!

Tak dinafikan, perpisahan adalah solusi terakhir yang boleh diambil suami isteri seandainya kemelut rumah tangga gagal diselesaikan. Namun begitu, pihak yang menanggung beban paling berat pastilah anak-anak yang kian membesar. Hakikatnya terdapat pelbagai kesan negatif dihadapi mereka untuk menghadapi situasi keluarga yang pincang pada usia mentah dan masih belum mengenal erti kehidupan lagi.

BACA: [VIDEO] “Jangan Sesekali Berkasar, Tapi Manja Lah Dengan Isteri” – Ebit Lew

Sedih tengok orang sekarang senang-senang talakkan isteri

Antara yang terpanggil bagi membahaskan isu berkenaan adalah pendakwah selebriti terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew. Dia menzahirkan rasa terkilan terhadap trend ibu bapa muda berpisah, sedangkan pada awalnya mereka berasa cukup bahagia tatkala dilamun cinta. Malah ada yang sanggup bercakap mengenai teman hidup masing-masing di belakang pengetahuan mereka.

Stress Ibu Ayah Berpisah Depan Mata, Remaja Pernah 2 Kali Nekad Tamatkan Nyawa

Stress Ibu Ayah Berpisah Depan Mata, Remaja Pernah 2 Kali Nekad Tamatkan Nyawa


Isteri & anak amanah Allah…jangan letak kesalahan pada partner

Ujarnya lagi, isteri dan anak-anak merupakan amanah terbesar yang dipertanggungjawabkan kepada seorang lelaki. Maka sebab itulah, dia menyeru kepada setiap pemimpin keluarga di luar sana agar sentiasa mengambil berat soal kebajikan mereka termasuklah emosi dan kasih sayang. 

Stress Ibu Ayah Berpisah Depan Mata, Remaja Pernah 2 Kali Nekad Tamatkan Nyawa

Stress Ibu Ayah Berpisah Depan Mata, Remaja Pernah 2 Kali Nekad Tamatkan Nyawa
Gambar sekadar hiasan

Tertekan tengok ibu ayah berpisah…2 kali pernah niat tamatkan riwayat sendiri

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya pula, Ustaz Ebit Lew ada berkongsi luahan seorang remaja yang merupakan anak dalam rumah tangga yang telah gagal. Dalam nada sebak, pemuda ini menjelaskan bahawa hidupnya sangat stres dan tertekan apabila ibunya memohon untuk berpisah di hadapan matanya sendiri. Akibat daripada itu juga, dia pernah nekad untuk menamatkan nyawa sendiri sebanyak 2 kali.

https://www.instagram.com/p/B53oOKzlJ9Q/

Jangan sesekali fikir begitu…teruskan kuat & tabah adik


Di hujung rakaman tersebut, pendakwah yang terkenal dengan perwatakan lembut ini menasihatinya agar dapat mengambil iktibar daripada ujian berat ini. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa remaja lelaki itu. Mereka menitipkan doa dan harapan yang baik sahaja untuknya pada masa akan datang.

Stress Ibu Ayah Berpisah Depan Mata, Remaja Pernah 2 Kali Nekad Tamatkan Nyawa

Stress Ibu Ayah Berpisah Depan Mata, Remaja Pernah 2 Kali Nekad Tamatkan Nyawa

Stress Ibu Ayah Berpisah Depan Mata, Remaja Pernah 2 Kali Nekad Tamatkan Nyawa

Sumber: IG & FB Ebit Lew


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!