Hiburan Viral

Struggle Ambil Lesen Motor, Gadis ‘Give Up’ Kaki Asyik Terjengket Di Ujian Titi

Struggle Ambil Lesen Motor, Gadis ‘Give Up’ Kaki Asyik Terjengket Di Ujian Titi

Kalau ditanya soal pengambilan lesen motosikal kepada golongan wanita, pastinya ramai yang mempunyai kisah lucu masing-masing. Walaupun saiz kenderaan dua roda itu lagi kecil daripada kereta, rata-rata mereka sangat takut mengharungi ujian di litar motor termasuklah kemahiran menyeimbangkan badan. Jangan kata di bahagian break emergency, antara fasa paling ditakuti semestinya menaiki titi kuning.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Kesian 10 kali naik 10 kali ‘turun’

Dengan laluan titi yang sangat kecil, awalnya ramai akan gagal berkali-kali sebelum boleh menunggang motor dengan baik ke penghujung. Situasi sukar itu sempat dilalui oleh seorang gadis ini sekali gus membuatkan dirinya tular di media sosial TikTok. Mempunyai kaki yang tidak begitu panjang, dia berdepan kepayahan apabila gagal seimbangkan posisi badan hingga motosikalnya tidak bergerak langsung.

Struggle Ambil Lesen Motor, Gadis ‘Give Up’ Kaki Asyik Terjengket Di Ujian Titi

Akhirnya gadis macam give up kaki asyik ‘berjengket’ kiri kanan

Ini menyebabkan percubaannya untuk melintasi titi itu dikatakan gagal sebanyak 10 kali. Dengan keadaan tayar belakang yang masih lagi belum berjaya menaiki laluan kuning tersebut, kakinya berterusan ‘berjengket’ ke kanan dan kiri jalan. Seakan-akan letih untuk mencuba, gadis itu dilihat terus turun daripada motosikal berwarna biru tersebut.

@solieqarim

#esekeli #tiktokpelitfyp #kerjakeras takpe usaha tngga kejayaan👍

♬ motorcycle dududu – FUNNY

Saya dah kena banyak kali, repeat ujian JPJ 4 kali baru lulus sampaikan cikgu sekolah memandu kenal muka saya

Sejak dikongsikan semalam, rakaman pendek itu sudah pun meraih hampir 1 juta tontonan. Melihat apa yang dilalui oleh gadis tersebut, mereka tampil berkongsikan pengalaman sama. Hinggakan, ada yang rela tidak menghabiskan lesen motosikal gara-gara takut dengan kegagalan berulang di bahagian menunggang titi.

 Struggle Ambil Lesen Motor, Gadis ‘Give Up’ Kaki Asyik Terjengket Di Ujian Titi Struggle Ambil Lesen Motor, Gadis ‘Give Up’ Kaki Asyik Terjengket Di Ujian Titi

Struggle Ambil Lesen Motor, Gadis ‘Give Up’ Kaki Asyik Terjengket Di Ujian Titi

Struggle Ambil Lesen Motor, Gadis ‘Give Up’ Kaki Asyik Terjengket Di Ujian Titi

Kredit : TikTok solieqarim

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Struggle Ambil Lesen Motor, Gadis ‘Give Up’ Kaki Asyik Terjengket Di Ujian Titi

Facebook

Telegram