Artis Family

Struggle Cakap Melayu Bila Nabil Aju Soalan, Kecantikan Anak Que Haidar Dipuji

Struggle Cakap Melayu Bila Nabil Aju Soalan, Kecantikan Anak Que Haidar Dipuji

Sentiasa menjadi tumpuan kerana memiliki wajah cantik ala-ala mix, semalam kehadiran anak perempuan kepada pelakon Que Haidar ke pentas rancangan ‘MeleTOP’ mendapat sambutan positif. Pejam celik pejam celik terasa sungguh pantas masa berlalu, Tengku Ratu Haidar sudah pun menginjak umur remaja (13 tahun) manakala Tengku Cleopatra Haidar kini berumur 10 tahun.

BACA : 3 Wanita Cantik Miming Di Pentas Live, Suara Penyanyi Sebalik Tabir Raih Pujian

Sebagai bapa, abang lagi kenal anak-anak abang…Hati mereka lembut…Mereka tak ready lagi

Berbual ringkas mengenai penggunaan media sosial yang dikongsikan bersama bapanya, Cleo dan Ratu akui tiada masalah tidak mempunyai akaun peribadi sendiri. Lebih mengenali kemampuan emosi anak-anaknya, Que merasakan mereka belum bersedia berhadapan dengan situasi sebilangan netizen yang terkadang gemar menulis komen berbaur kecaman melampau.

@quehaidar

Meletop tonight 🤍 #meletop

♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi

Muka Mat Salleh habis…Saya confuse nak tanya dalam BM atau Bahasa Omputih

Sepanjang temubual santai itu berlangsung, Cleo dan Ratu terlihat sukar menjawab soalan yang diajukan oleh pengacara menggunakan Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, pelakon filem ‘Rock Oo’ berkenaan menjelaskan mereka berdua sebenarnya boleh memahami Bahasa Melayu, cuma lebih selesa bertutur dalam Bahasa Inggeris. Apalagi kedua-dua bahasa itu digunakan secara berbeza saat bercakap dengan keluarga sebelah ibu vs sebelah bapa.

Lawa anaknya dah macam patung Barbie….Kejap je dah besar, ayahnya pun nampak muda

Melalui ruangan komen, ramai netizen mengakui keanggunan Ratu dan Cleo yang jelas-jelas diwarisi daripada ibu mereka, Linda Jasmine. Melihat gaya anak beranak tersebut dengan wajah Que Haidar yang nampak muda, sekali pandang mereka nampak seperti adik beradik.

Struggle Cakap Melayu Bila Nabil Aju Soalan, Kecantikan Anak Que Haidar Dipuji

Struggle Cakap Melayu Bila Nabil Aju Soalan, Kecantikan Anak Que Haidar Dipuji

Struggle Cakap Melayu Bila Nabil Aju Soalan, Kecantikan Anak Que Haidar Dipuji

Kredit : TikTok Que Haidar & YouTube MeleTOP

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Struggle Cakap Melayu Bila Nabil Aju Soalan, Kecantikan Anak Que Haidar Dipuji

Facebook

Telegram