Family Antarabangsa Kehidupan

Suami Akui Hamilkan Bini Orang, Kini Minta Simpati Isteri Usah Ambil Tindakan

Suami Akui Hamilkan Bini Orang, Kini Minta Simpati Isteri Usah Ambil Tindakan

Berkecai hati seorang isteri bernama Puan Suci setelah mendapati suaminya berselingkuh dengan orang lain. Lebih mengejutkan, skandal terbabit adalah individu bertatus isteri orang malahan sudah mempunyai 2 orang anak dengan pasangan sendiri. Hasil hubungan terlarang yang dibuat, Encik DK dan Puan W mendapat seorang anak lelaki berusia 4 tahun.

BACA : Perangkap Curi Sample DNA, Suami Ada Anak Usia 4 Tahun Hasil Skandal Bini Orang

Ujian DNA sahkan kanak-kanak usia 4 tahun adalah hasil hubungan haram

Setelah lama dirahsiakan daripada pengetahuan pasangan masing-masing, akhirnya semua terbongkar selepas Puan Suci memeriksa telefon bimbit suaminya. Usaha mengambil sampel DNA berjaya membuktikan bahawa kanak-kanak bernama Khalid adalah anak luar nikah hubungan terbabit. Setelah diasak bersama dengan kuasa viral, akhirnya kedua-duanya membuat pengakuan secara bertulis.

Suami Akui Hamilkan Bini Orang, Kini Minta Simpati Isteri Usah Ambil Tindakan


Perselingkuhan bermula di tahun 2015…Dapat anak pada 2017

Mereka sebenarnya bekerja dalam satu jabatan awam yang sama lalu menjalinkan hubungan pada tahun 2015. Walaupun sudah mengetahui skandalnya sudah berkahwin, dia tetap menjalinkan hubungan skandal sehinggalah ‘membenihkan’ seorang zuriat pada 2 tahun kemudian. Ketika itu, suami wanita terbabit juga tidak tahu bahawa cahaya mata bongsunya bukanlah anak kandung.

Suami Akui Hamilkan Bini Orang, Kini Minta Simpati Isteri Usah Ambil Tindakan


Isteri harap suami dipecat & dikenakan tindakan disiplin

Menyesali segala perbuatan, pegawai polis terbabit menuntut belas kasihan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. Justeru itu, dia berharap agar pihak keluarga dan isterinya tidak mengheret isu ini ke jalur undang-undang. Walau bagaimanapun, Puan Suci yang kecewa dirinya dikhianati dalam keadaan sarat hamil enggan berdiam diri lagi. Kini dia menuntut agar jabatan tempat suaminya bekerja melaksanakan tindakan disiplin dan dilucutkan jawatan serta-merta.

“Wanita skandal itu turut menghantar WhatsApp kepada Puan Suci. Dia berharap Puan Suci & Encik DK boleh pertahankan rumah tangga mereka”


Suami Akui Hamilkan Bini Orang, Kini Minta Simpati Isteri Usah Ambil Tindakan

Kredit : Portal Tribunnews

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Suami Akui Hamilkan Bini Orang, Kini Minta Simpati Isteri Usah Ambil Tindakan

Facebook

Telegram