Suami Asyik Menangkan Keluarga, Wanita Ini 2 Tahun Hidup ‘Gantung Tak Bertali’

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan pula di tengah hari. Itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan kerapuhan institusi perkahwinan dalam kalangan masyarakat masa kini. Walaupun terlalu sayangkan perkahwinan yang terbina, namun akhirnya jalan perpisahan yang terpaksa dipilih gara-gara penat memendam rasa dengan partner sendiri. Inilah antara perkara yang tak terduga berlaku dalam sesebuah rumah tangga.

BACA: Lebihkan Mak Sampai Teraniaya Isteri – Ramai Suami Masih Tak Ikut Urutan Nafkah

Gambar sekadar hiasan

Kahwin muda…lepas 5 tahun dah renggang

Advertisement

Hanya mahu dikenali sebagai Dila, wanita ini mengimbas kembali kisah hidupnya apabila mendirikan rumah tangga ketika ditemubual oleh pihak Erin Sakura. Dia mengenali bekas suami sejak di bangku sekolah lagi dan mereka diijabkabulkan sekitar tahun 2006. Memandangkan masing-masing bergelar remaja ketika itu, pihak keluarga Dila tidak minta sebarang hantaran sebaliknya mengutamakan hal-hal yang wajib sahaja. Bagaimanapun selepas 5 tahun bergelar suami isteri, hubungan mereka diuji menerusi beberapa konflik rumah tangga.

Bekas suami suka ikut telunjuk keluarga

Advertisement

Dalam pada itu, wanita berusia 32 tahun ini memaklumkan bahawa bekas suaminya sering mengikut kehendak keluarga dan tidak berbincang dengannya apabila melakukan sesuatu keputusan. Malah dia juga pernah dikasari beberapa kali memandangkan lelaki yang tidak memiliki sebarang kerja tetap tersebut memiliki tahap ego yang agak tinggi.

Masa awal-awal berkenalan, hubungan saya dan ibunya cukup rapat sebab kami pun duduk sekampung. Tapi entah kenapa, perasaan mesra itu kian pudar dan bekas suami sentiasa lebihkan pandangan mereka daripada isterinya. Walhal duit perbelanjaan dia masa itu pun saya tanggung sepenuhnya.

Advertisement

2 tahun hidup ibarat gantung tak bertali

Sekitar tahun 2013 pula, hidupnya terumbang-ambing apabila bekas suami mula mengabaikan tanggungjawab. Selain tidak memberikan sebarang nafkah, Dila juga terbeban hutang apabila terpaksa menutup perniagaan selepas tidak duduk sebumbung lagi dengan suaminya. Lebih memeritkan, dia terpaksa menempuhi tempoh yang agak lama untuk menunggu proses tuntutan berpisah di mahkamah berikutan bekas suami berdolak-dalik untuk melepaskannya.

Gambar sekadar hiasan

 

Advertisement

Kini selesa hidup solo…fobia nak kahwin

Sebaik dimaklumkan bebas daripada belenggu tersebut, wanita yang menetap di Kuala Terengganu ini mula menyusun semula hidupnya. Namun begitu, kisah silam tersebut benar-benar menghantui dirinya hingga menyebabkan rasa serik dan takut untuk berkahwin buat kali kedua.

Sepanjang tempoh sukar itu, saya susah nak tidur akibat stress yang melampau. Itulah pengalaman paling teruk pernah saya hadapi dalam hidup. Walaupun ada pihak pernah cuba dekat, tapi saya layan biasa-biasa saja. Bukan apa, saya tidak mahu bakal suami terbeban dengan hutang sekali.

Advertisement

Para suami tolong ubah diri dulu…semua orang layak bahagia

Di kesempatan itu, Dila menyeru semua masyarakat terutamanya golongan suami agar memperbaiki diri masing-masing sebelum dan semasa berkahwin. Ujarnya lagi, pihak keluarga kedua-dua belah pihak tidak mempunyai hak untuk menentukan masa depan rumah tangga anak kecuali memberikan nasihat terhadap perkara yang mustahak sahaja. Dia juga berharap wanita yang merasakan diri mereka ditindas agar lekas membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Advertisement

Sumber: Dila Mohd

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?