Viral

Suami Gedik Tangkap Bunga Pengantin, Sampai Rumah Bini Siap Pasang Khemah Anak

Suami Gedik Tangkap Bunga Pengantin, Sampai Rumah Bini Siap Pasang Khemah Anak

Meskipun sudah berkahwin, kadangkala ada golongan lelaki yang suka bergurau tentang niat nak menambah isteri ataupun melepak dari malam sampai ke subuh mengalahkan orang bujang. Sekiranya mendapat isteri yang sangat kuat terasa, pastinya gurauan seperti itu tidak sesuai dilakukan. Silap hari bulan, mungkin mereka akan merajuk berhari-hari.

BACA : Atuk Tua Nangis Dedah Hal Sebenar-Apa Yang Diceritakan Baim Wong Tak Betul

Suami terkinja-kinja tangkap bunga pengantin

Persis kisah di bawah, seorang wanita ini tidak dapat menahan perasaan apabila suaminya gedik menangkap bunga pengantin di sebuah majlis persandingan. Lazimnya menurut kepercayaan negara luar, siapa yang berjaya menangkap jambangan ini dikatakan bakal berkahwin kelak. Sejurus melihat objek itu melayang ke udara, seboleh-bolehnya dia cuba mengejar.


@sahilmulachela

GA NYANGKA‼️#TheCamels

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Ketawa-ketawa…Bukalah sendiri…Sapa suruh lempar-lempar bunga

Perilaku berkenaan bagaimanapun tidak mendapat ‘restu’ isterinya. Sampai sahaja di rumah, wanita berkenaan membuat wajah marah sekali gus dilihat sudah menyediakan khemah anak di halaman luar. Percubaan untuk memasukkan pin code juga gagal kerana terlebih dahulu sudah diubah angkanya. Namun akhirnya dia menebus salah dengan membersihkan lantai.

@sahilmulachela

Buntut panjang dr video sebelumnya 😭 #TheCamels

♬ original sound – Sahil Mulachela – Sahil Mulachela

@sahilmulachela

Dan INI YG TERJADI‼️ #TheCamels

♬ original sound – Sahil Mulachela – Sahil Mulachela

Isteri dia marah kita pula yang takut…Makanlah hiburan tu

Meraih jutaan tontonan sejak dimuat naik ke TikTok, gelagat pasangan ini nyata menghiburkan ramai. Ada yang puas hati terhadap balasan diterima lelaki tersebut gara-gara bergurau sebegitu.

Suami Gedik Tangkap Bunga Pengantin, Sampai Rumah Bini Siap Pasang Khemah Anak


Suami Gedik Tangkap Bunga Pengantin, Sampai Rumah Bini Siap Pasang Khemah Anak

Suami Gedik Tangkap Bunga Pengantin, Sampai Rumah Bini Siap Pasang Khemah Anak

Sumber : TikTok Sahilmulachela


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Suami Gedik Tangkap Bunga Pengantin, Sampai Rumah Bini Siap Pasang Khemah Anak

Facebook

Telegram