Suami Isteri Menangis Gembira, 11 Tahun Kahwin Baru Dapat Tengok ‘Double Line’

Disahkan mengandung pastilah menjadi berita yang sangat mengujakan kepada suami isteri, lebih-lebih lagi melibatkan kehadiran zuriat pertama dalam rumah tangga. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesyukuran dan kegembiraan dirasai apabila menerima rezeki yang sangat diharapkan daripada Tuhan. Namun begitu, tak dinafikan juga bahawa ada sesetengah keluarga terpaksa menunggu lama dan ikhtiar bermacam-macam cara demi merealisasikan impian itu.

BACA: [VIDEO] Suami Isteri Gagal Tahan Sebak Disahkan Hamil, 10 Tahun Menanti Zuriat

11 tahun menantikan double line pada alat penguji kehamilan

Advertisement

Situasi itulah yang digambarkan menerusi perkongsian sebuah video daripada pakar perubatan terkenal di Johor iaitu Dr. Thokha Bin Muhammad. Menerusi paparan yang berdurasi kira-kira 3 minit 7 saat itu, sepasang suami isteri ini dikatakan baru pertama kali melihat tanda positif pada alat penguji kehamilan selepas hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga.

View this post on Instagram

Advertisement

Wow 11 years of waiting to see this double line for the first time. Unspeakable joy

A post shared by Dr. Thokha Muhammad (@drthokha) on

Advertisement

Gembira tak terhingga…suami buat sujud syukur

Pada awalnya, mereka berdua menjangkakan bahawa alat itu memaparkan keputusan sama seperti yang sebelumnya dan tekun mendengar nasihat doktor. Namun apabila Dr Tokha membuat kejutan itu, reaksi terkejut dan gembira nyata jelas terpancar di wajah mereka. Malah lelaki yang memakai baju berwarna merah itu turut sempat melakukan sujud syukur atas berita yang sangat tidak disangka-sangka berkenaan.

Advertisement

Penantian yang cukup lama…semoga kandungan selamat hingga dilahirkan

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang mengikuti Instagram pakar Obstetrician & Gynaecologist berkenaan turut berasa terharu apabila mengetahui bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama sejak sekian lama. Selain memuji tindakan yang dibuat oleh lelaki tersebut, mereka turut menitipkan doa agar zuriat mereka dalam keadaan baik-baik sahaja hingga detik kelahirannya.

Advertisement

Sumber: IG drthokha

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?