Suami Isteri Tahan Bau Hancing Tumpangkan Pakcik Uzur Terkencing Dalam Seluar

Bertongkat, uzur, dan berbau kurang menyenangkan gara-gara sudah terkencing dalam seIuar. Pasti tidak ramai pihak yang akan sanggup menghulurkan bantuan kepada lelaki berusia 81 tahun ini untuk pulang ke rumahnya. Namun tidak bagi sepasang suami isteri ini yang begitu baik hati dan terbuka untuk membantu warga emas tersebut tanpa berkira tentang keadaan fizikalnya ketika itu. 

BACA: ‘Dik, Boleh Tak Pakcik Nak Beli Kuah Je? Ada RM3 Ni, Anak Teringin Nak Makan..’

Kredit foto mStar Online

Sedih tengok bila seluar dia basah.. tak perasan terkencing

Atas rasa pilu melihatkan usaha pakcik tersebut yang cuba menahan kereta banyak kali di hentian teksi dekat Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur untuk ditumpangkan namun tidak berhasil, Fatin Nabila akhirnya tergerak untuk membantu warga emas berkenaan. Ketika itu dia sedang berada di dalam kereta di tepi jalan sementara menunggu suaminya selesai membuat urusan cukai lalu ternampak situasi yang memiIukan itu. 

Kredit foto mStar Online

Pemandu teksi tak nak tumpangkan.. terus beredar

Difahamkan warga emas itu sedang cuba untuk mendapatkan teksi ke stesen LRT berdekatan untuk pulang ke tempat tinggalnya yang terletak di Petaling Jaya. Namun malangnya tiada satu teksi pun yang sanggup memberhentikan kenderaan masing-masing.

Kredit foto mStar Online
Kredit foto mStar Online

Terikut sekali masuk tren sebab ramai orang, tak dapat keluar

Fatin dan suaminya ketika itu mempunyai urusan lain yang perlu diselesaikan, menyebabkan mereka tidak boleh menghantar pakcik itu terus ke rumah. Namun sebagai manusia yang mempunyai perasaan belas kasihan, mereka cuba mencari jalan menyelesaikan masalah pakcik tersebut. Bukan sahaja menumpangkan kereta, mereka juga ada menghulurkan sedikit wang saku buatnya. Malah mereka juga menemani pakcik tersebut ke platform untuk membelikan tiket memandangkan dia sukar berjalan walaupun mempunyai tongkat.  

Gambar sekadar hiasan

Rumah dia juga kotor & busuk.. 

Fatin juga menjelaskan bahawa dia dan suami hanya redha jika disaman kerana meletakkan kereta secara haram di tepi jalan semata-mata ingin menghantar pakcik tersebut ke platform. Walau bagaimanapun, Fatin yang kesal dengan sikap pemandu teksi itu berasa lega kerana pakcik tersebut akhirnya selamat sampai ke rumah. Perkara itu diberitahunya menerusi panggilan telefon. 

Sumber: mStar Online

Apa Komen Anda?