Dengan keadaan badannya yang menggerutu dan lembik, ramai orang mudah terkejut jika menemui katak. Biasanya ia muncul di kawasan lembap sekitar rumah khususnya dalam bilik air atau di celah-celah dapur. Bagi yang benar-benar geli dan takut, mereka akan segera melarikan diri kerana beranggapan haiwan amfibia ini bakal melompat kemudian melekat di kulit badan.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Bini kurung katak bawah mangkuk…Risau pula aku, besar manalah katak tu?
Dalam kisah yang tular menerusi TikTok saudara wanchaa92 pula, isterinya menghantar mesej dan mengadu ketakutan kerana rumah mereka dimasuki katak. Bagi mengelakkan binatang itu melompat bebas, wanita ini terlebih dahulu memerangkapnya dengan mangkuk.
Bawa genglah…Aku pun geli katak besar-besar ni…Takut juga katak ni melompat
Disangka hanya isterinya saja yang geli, rupanya si suami juga tidak mempunyai keberanian untuk membuang haiwan itu ke luar rumah. Mahu atau tidak, dia terpaksa meminta bantuan rakan-rakan yang kemudian datang ke kediaman mereka sambil membawa plastik sebagai pelapik tangan. Namun lucunya, katak itu benar-benar bersaiz kecil dan tidaklah besar seperti yang dibayangkan mereka.
@wanchaaa92 POV : BINI SURUH TANGKAP KATAK DALAM RUMAH.. #fyp #faizalhalim #KATAK @ibu_doublena @NIZAL.IDZHAM
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Drama betul la…Memang geli tak kisahlah kecil ke besar, tetap dipanggil katak
Dimuat naik sejak semalam, video lawak berkenaan sudah mendapat hampir 300 ribu jumlah tontonan daripada netizen. Rata-ratanya juga berseloroh merasa kecewa kerana ekspektasi mereka mengenai kemunculan katak itu terlalu tinggi.
Kredit : TikTok wanchaa92
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
