Suami Jangan Sembang Nak Poligami Kalau Tak Mampu Buat 5 Benda Ni Dahulu!

Sebut sahaja tentang konsep poligami atau kehidupan bermadu, pastinya ramai wanita khususnya yang sudah bergelar isteri jadi tak senang duduk. Hakikatnya cara hidup tersebut merupakan salah satu perkara yang terpuji dalam agama. Namun apabila banyak keluarga yang berpecah-belah berpunca daripadanya, maka mindset atau tanggapan yang buruk terhadap poligami semakin menghantui masyarakat kita. Apabila dilakukan secara terhormat serta berjaya menyatukan hati ramai pihak maka ianya akan menjadi indah.

BACA: “Jom Jadi Madu Saya!” – Wanita Kongsi Detik Manis Hadiahkan Madu Buat Suaminya

Suami tak payah sembang nak poligami kalau tak boleh buat 5 benda ini

Menerusi perkongsian oleh seorang peguam yang dikenali sebagai Fahmi Ramli ini, terdapat banyak kejadian yang menyaksikan si suami gagal menggalas tanggungjawab yang adil kepada semua isterinya. Oleh itu, dia berkongsi beberapa persediaan yang perlu dibuat oleh para suami terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk beristeri lebih dari seorang.

Gambar sekadar hiasan

1.  Sediakan rumah asing buat setiap isteri

2. Sediakan belanja nafkah yang cukup

Gambar sekadar hiasan

3. Sediakan jadual bermalam bersama semua isteri

4. Isyitiharkan harta sepencarian bersama

Gambar sekadar hiasan

5. Jadilah seorang suami yang gentle

Di antara semua perkara yang disenaraikan olehnya, perkara ini merupakan yang paling penting. Niat tak semestinya menghalalkan cara. Maka jika seseorang itu mahu menambah isteri, dia terlebih dahulu perlulah mendapat persetujuan serta keberkatan daripada isteri pertama. Selain itu, laluilah prosedur yang sepatutnya seperti yang telah ditetapkan oleh syarak dan jangan melakukan pernikahan di sempadan luar negara. Pendek kata, urusan hidup berpoligami akan memperoleh harmoni apabila semua ahli keluarganya mencapai kata sepakat dan hidup bermuafakat.

Sumber: FB Fahmi Ramli

Apa Komen Anda?