Kehidupan berumah tangga sememangnya perlu disulami toleransi yang tinggi antara suami dan isteri. Justeru, segala aktiviti yang sering dilakukan ketika zaman bujang perlu diubah kerana jadual harian telah pun berubah sepenuhnya. Namun ia tak bermakna juga kesemua hobi berfaedah perlu dilupakan hanya semata-mata ingin menjaga hati partner di rumah.
BACA: Isteri Tertekan Suami Pemalas, Rupanya Dah Dimanjakan Mak Mentua Sejak Kecil..
Jangan salah anggap dengan makna ‘jaga hati isteri’…
Itulah yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Firdaus Syakirin mengenai hubungan rumah tangga. Menurut lelaki itu, ramai yang beranggapan suami perlu menjaga hati ‘orang rumah’ dengan mengorbankan semua aktiviti di luar. Namun pandangan tersebut tidaklah benar kerana si isteri hanya mengharapkan ketua keluarga menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Semua tak boleh buat…betul ke?
Kata Firdaus lagi, tak dinafikan ramai suami yang mengeluh kerana tidak dapat melakukan aktiviti bersukan bersama rakan-rakan kerana ditegah isteri. Tetapi, lain pula pendapat lelaki ini yang menafikan perkara tersebut sering dihadapi oleh suami.

Tak semua kehendak perlu dituruti…jangan abaikan keluarga
Biarpun telah mendapat keizinan, itu tidak bermaksud suami boleh bersuka ria hingga mengabaikan keluarga. Nasihatnya, jangan terlalu mengikut kemahuan diri sampai terlupa pelbagai tugasan yang sepatutnya dilakukan bersama partner di rumah. Jika pandai menguruskan kemahuan dan kehendak diri, usah risau kerana hati isteri akan terjaga sendirinya.

Sumber: Facebook Firdaus Syakirin
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura