Family Kesihatan

Suami Kalau Isteri Tengah Berpantang, Jangan Malu Bantu Uruskan Rumah Tangga

Suami Kalau Isteri Tengah Berpantang, Jangan Malu Bantu Uruskan Rumah Tangga

Sharing is caring!

Seperti yang kita tahu, proses kehamilan adalah bukan mudah untuk dilalui. Walau bagaimanapun, proses selepas melahirkan adalah berkali-kali ganda lebih sukar terutama kepada para ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata. Oleh sebab itu, wanita yang sedang dalam pantang perlu diberi perhatian yang lebih daripada orang terdekat terutama sekali suami. 

BACA: Tolong Jaga Emosi Ibu Hamil Yang Senang Rapuh, Terutamanya Suami

Dipandang pelik sewaktu bawa anak ke klinik

Satu perkongsian mengenai penjagaan ibu berpantang telah dimuat naik oleh saudara Muhammad Taqiyyudin di laman Facebook. Jelasnya, baru-baru ini dia sempat melalui satu pengalaman di mana dirinya menerima satu pandangan kurang berpuas hati daripada orang sekeliling. Kejadian berkenaan berlaku sewaktu dia mengunjungi sebuah klinik awam bagi mendapatkan pemeriksaan masalah ‘kuning’ dihidapi bayinya yang baru dilahirkan. 


Suami Kalau Isteri Tengah Berpantang, Jangan Malu Bantu Uruskan Rumah Tangga

Suami Kalau Isteri Tengah Berpantang, Jangan Malu Bantu Uruskan Rumah Tangga

Dalam tempoh isteri pantang, layan dia bagai bidadari

Rata-rata individu di sekelilingnya waktu itu mempersoalkan kenapa bukan si isteri yang datang membawa kanak-kanak berkenaan untuk menerima rawatan tapi sebaliknya. Bermula dari saat tersebut, lelaki itu mula sedar akan masih ramai yang belum peka dengan tanggungjawab sebenar seorang suami selain daripada bekerja mencari nafkah untuk keluarga semata-mata. Walhal ianya lebih daripada itu. 

Suami Kalau Isteri Tengah Berpantang, Jangan Malu Bantu Uruskan Rumah Tangga

Suami Kalau Isteri Tengah Berpantang, Jangan Malu Bantu Uruskan Rumah Tangga

Mereka bukan hamba abdi tapi bukti cinta sejati

Menurut pemuda berkenaan, perkara paling penting adalah layanan seorang suami kepada isteri yang baru sahaja bersalin. Mereka selayaknya menerima jagaan sehabis baik oleh para suami masing-masing memandangkan mereka sudah melalui saat-saat getir bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Seterusnya, adalah lebih baik untuk lelaki membantu mengambil alih beberapa tugas isteri dalam tempoh berpantang bagi meringankan sedikit beban mereka. 


Suami Kalau Isteri Tengah Berpantang, Jangan Malu Bantu Uruskan Rumah Tangga

Suami Kalau Isteri Tengah Berpantang, Jangan Malu Bantu Uruskan Rumah Tangga
Gambar Sekadar Hiasan

Hargailah anugerah Allah iaitu isteri anda

Di akhir perkongsiannya, pemuda tersebut sempat berpesan kepada para suami untuk sentiasa menghargai pengorbanan isteri yang tidak ternilai. Rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan pendapat yang diberikan malah turut memuji usaha lelaki berkenaan mempermudahkan urusan si isteri. 

Suami Kalau Isteri Tengah Berpantang, Jangan Malu Bantu Uruskan Rumah Tangga Suami Kalau Isteri Tengah Berpantang, Jangan Malu Bantu Uruskan Rumah Tangga Suami Kalau Isteri Tengah Berpantang, Jangan Malu Bantu Uruskan Rumah Tangga

Sumber: Facebook Muhammad Taqiyyudin

 

 


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Suami Kalau Isteri Tengah Berpantang, Jangan Malu Bantu Uruskan Rumah Tangga

Sharing is caring!