Cinta Kehidupan

Suami Kantoi Nikah Lain, Muka Isteri Steady Siap Boleh Bergambar Atas Pelamin

Suami Kantoi Nikah Lain, Muka Isteri Steady Siap Boleh Bergambar Atas Pelamin

Meskipun sudah mengenali hati budi pasangan, kadang kala perkahwinan dibina selama bertahun-tahun masih diuji dengan perkara yang tidak pernah terjangkau di fikiran. Bagi yang pernah diduakan, bukan senang bagi mereka untuk menerima hakikat ini. Pun begitu, ada juga antara mereka yang tetap reda dengan ketentuan Ilahi ini.


BACA: Kecewa Hadir Majlis Kahwin, Lelaki Ini Buat Ex-Girlfriend Terduduk Atas Pelamin

Abang bernikah pada awal bulan 11 tanpa pengetahuan isteri…Selepas 2 minggu baru kantoi segalanya

Pengalaman yang tidak mungkin dilupakan ini dihadapi sendiri oleh kakak ipar kepada seorang pengguna TikTok bernama puanrose71. Menerusi perkongsian sebuah video, abang kandungnya telah pun berkahwin lain tanpa pengetahuan si isteri. Selepas 2 minggu barulah perkara itu diketahui isterinya dan siapa sangka wanita tersebut menerima madunya dengan hati yang terbuka.


@puanrose71

tahniah untuk kakak iparku yg pertama (berbaju kurung) seorg yg sgt kuat dn tabah ..tidk bergadoh tidk bermusuhan..dan snggup berkongsi suamI..

♬ Di Renjis-Renjis – R.Ismail

Kuat sangat hatimu kakak iparku…Boleh bersama di atas pelamin madumu

Semasa majlis persandingan dilangsungkan tempoh hari, pemilik video ini sekali lagi kagum dengan kakak iparnya itu kerana dilihat tidak kekok melayan mesra si madu. Lebih mengejutkan lagi apabila isteri pertama dan kedua tersebut siap galak posing bersama di atas pelamin berkenaan.


@puanrose71

#berkongsi suami….ya allah sgt kuat nya hatimu kakak ipar ku..leh bersama diatas pelamin madu mu..segla nya ketetuan ilahi..siapa kita tuk menidakan

♬ bunyi asal – mell – PUTIHSIROS❤

Saya tengok nak nangis…Saya pula rasa sedih bila dimadukan, nampak kuat tapi hati dia kita tak tahu

Sejak dikongsikan semalam, video tersebut telah meraih hampir 70 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat memuji ketabahan isteri pertama itu. Dalam masa sama, mereka tidak melepaskan peluang memberi kata-kata semangat kepadanya.

Suami Kantoi Nikah Lain, Muka Isteri Steady Siap Boleh Bergambar Atas Pelamin

Suami Kantoi Nikah Lain, Muka Isteri Steady Siap Boleh Bergambar Atas Pelamin

Suami Kantoi Nikah Lain, Muka Isteri Steady Siap Boleh Bergambar Atas Pelamin

Suami Kantoi Nikah Lain, Muka Isteri Steady Siap Boleh Bergambar Atas Pelamin

Kredit: TikTok puanrose71

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Suami Kantoi Nikah Lain, Muka Isteri Steady Siap Boleh Bergambar Atas Pelamin

Facebook

Telegram