Viral

[VIDEO] Suami Kebetulan Guna Jalan Sama, Temui Jasad Isteri Termasuk Bawah Lori

[VIDEO] Suami Kebetulan Guna Jalan Sama, Temui Jasad Isteri Termasuk Bawah Lori

Sharing is caring!

Kasih sayang seorang suami kepada isteri memang tiada nilai bandingnya bermula daripada akad nikah pertama lagi. Akan tetapi apabila masuk kepada urusan jodoh dan nyawa, semua itu berada di luar kawalan manusia. Mungkin demikianlah kata-kat pilu yang sesuai diberikan kepada sepasang suami isteri kurang upaya (OKU) ini. Beberapa jam lalu telah kecoh mengenai berita duka apabila wanita berusia 23 tahun berkenaan terlibat dalam sebuah insiden jalan raya berlokasi di Sungai Ular, Kedah.


BACA : Ajal Bersalin Di Rumah Sebab Suami Tak Bagi “Sekurangnya Isteri Saya Syahid”

Masih punyai anak kecil berusia 7 bulan…Hembus nafas terakhir di tempat kejadian

Mempunyai anak kecil yang masih berumur 7 bulan, pemergian ini nyatanya sungguh memberikan kedukaan mendalam buat si suami. Bertembung dengan sebuah lori treler dari arah bertentangan, Harian Metro melaporkan Allahyarhamah bersama motosikalnya dikatakan hilang kawalan sebelum termasuk ke bawah kenderaan besar terbabit. Ia juga menyebabkan dia menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian.


[VIDEO] Suami Kebetulan Guna Jalan Sama, Temui Jasad Isteri Termasuk Bawah Lori

[VIDEO] Suami Kebetulan Guna Jalan Sama, Temui Jasad Isteri Termasuk Bawah Lori

Tangisan dan raungan suami di sisi isteri yang terbaring atas jalan

Kebetulan melintasi laluan sama, siapa sangka jasad yang tersadai itu merupakan isterinya sendiri. Dalam sebuah video yang tular, dapat disaksikan lelaki berusia 20 tahun berkenaan terus meraung dengan sedih meratapi pemergian tersebut di tepi jalan sambil disaksikan beberapa individu lain.


InnalillahiwainnailaihirajiunAllahu sayu nya.. 😭😭😭Tangisan sang suami di sisi mayat isteri yang yang terkorban akibat digilis oleh lori di sungai ular, kulim,ketika dalam perjalanan untuk menjemput anak pulang dari sekolah..untuk makluman semua suami isteri ini pasangan OKU (bisu)… Sama2 kita sedekahkan Alfatihah buat arwah..Salam takziah buat waris keluarga…TNScredit to : Tok Naga#Al_Fatihah…#Salam_takziah…

Posted by Tok Naga Selatan on Thursday, September 17, 2020

[VIDEO] Suami Kebetulan Guna Jalan Sama, Temui Jasad Isteri Termasuk Bawah Lori

[VIDEO] Suami Kebetulan Guna Jalan Sama, Temui Jasad Isteri Termasuk Bawah Lori

 

Sumber : Portal & Facebook Harian Metro & Twitter Mohd Redzuan Abdul Manap, Facebook Tok Naga Selatan

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini