Family Kehidupan Viral

Suami Pergi Trip Bujang Ke Terengganu, Geng Bini Penuh 1 Kereta Intip Diam-Diam

Suami Pergi Trip Bujang Ke Terengganu, Geng Bini Penuh 1 Kereta Intip Diam-Diam

Bukan sahaja golongan isteri, sebenarnya suami juga perlu Me Time untuk berehat seketika daripada segala kepenatan. Apalagi selaku pencari rezeki untuk anak bini tersayang, terkadang mereka ini terlalu kuat bekerja tidak kira siang dan malam hingga terlupa memanjakan diri sendiri.

BACA :Niat Nak Lepak Dengan Geng-Geng Je, Lelaki Pasrah Bini Suruh Bawa Anak Sekali

5 jam drive, sampai ke Terengganu kita skodeng suami

Namun lucunya pada video TikTok haneyzrodzyini, sekumpulan isteri nekad untuk mengintip suami-suami mereka yang dikatakan menyertai trip ala bujang dengan rakan lain. Sanggup menempuh perjalanan selama 5 jam dan berpakat menaiki sebuah kereta, secara diam-diam ‘projek skodeng’ itu dilakukan supaya tidak pecah tembelang.

@sweeto0508

5 jam drive. Sampai ke Terengganu kita skodeng laki kita 不 不不 #bini2kugangster不 klang-terengganu

Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Masa ni kiteorang dah munculkan diri tapi duduk jauh-jauh je buat-buat tak nampak

Bermula di lokasi yang disinggah sampailah ke rumah penginapan, semuanya diketahui dan diperhatikan dari jauh sahaja. Setibanya di waktu malam, si ibu bersama anak-anak tadi mula menunjukkan diri masing-masing dan sempat menghadiahkan sesisir pisang. Namun kemudian, difahamkan ‘Geng Bini-Biniku Gengster’ berkenaan berlalu pergi dan biarkan suami mereka sambung bercuti tanpa sebarang gangguan lagi.

@sweeto0508

Replying to @Liyana Skodeng husband part 2. Time ni kteorang dah munculkan diri tapi duduk jauh2 je buat2 tak nampak 云 #bini2kugengster

original sound – haneyzrodzy – haneyzrodzy

@sweeto0508

Replying to @Bunga iRis kita cukcak malam bbq dyeorng bagi pishangggg #pishangg #bini2kugangster

Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Suami Pergi Trip Bujang Ke Terengganu, Geng Bini Penuh 1 Kereta Intip Diam-Diam

Idea yang bagus…Kena kawan juga dengan bini-bini kawan laki aku juga…Biar boleh pantau sama-sama

Melalui ruangan komen, netizen nampaknya sangat terhibur dengan kerja gila yang dilakukan oleh wanita-wanita berkenaan. Namun di satu sudut lain, mereka juga mendapat idea mahu berkenalan rapat dengan isteri kepada rakan suami agar boleh memantau segala benda bersama.

Suami Pergi Trip Bujang Ke Terengganu, Geng Bini Penuh 1 Kereta Intip Diam-Diam

Suami Pergi Trip Bujang Ke Terengganu, Geng Bini Penuh 1 Kereta Intip Diam-Diam

Suami Pergi Trip Bujang Ke Terengganu, Geng Bini Penuh 1 Kereta Intip Diam-Diam

Kredit : TikTok honeyzrodzy

Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Suami Pergi Trip Bujang Ke Terengganu, Geng Bini Penuh 1 Kereta Intip Diam-Diam

Facebook

Telegram