Melihat sebuah rumah besar yang terbengkalai, seorang YouTuber membawa kamera datang kononnya mahu membuat content paranormal. Namun begitu, mereka dikejutkan dengan penemuan seorang wanita tua yang disangka entiti misteri. Rupanya, banglo buruk tersebut masih dihuni oleh sepasang anak dan ibunya.
BACA :Â Dulu Pun Pernah Tolak Poligami, Kini Isteri Kedua Bahagia Serumah Dengan 3 Madu
11 tahun di sini…Bukan taknak bersihkan rumah, tapi sekarang dah sibuk kerja
Tanpa sebarang bekalan elektrik dan juga sumber air, bagaimanakah mereka boleh hidup dalam keadaan daif selama bertahun-tahun? Menurut kisah asal, sebelum ini Ibu Eny mempunyai suami bernama Pak Herman dan kedua-duanya bernikah pada tahun 1996. Kehidupan berlalu dengan sangat bahagia apalagi selepas dikurniakan anak yang diberi nama Tiko.
@innarisnaa10 publik speaking Tiko tuh bagus banget yah guyss #tiko #ibueny #ibuenybangbrewtv

Ibu akhirnya setuju dapatkan rawatan lepas dipujuk
Namun saat Tiko berusia 12 tahun, Pak Herman dikatakan tinggalkan keluarga sendiri untuk balik ke pangkuan isteri pertama. Maka bermula sejak itu, Ibu Eny yang terlampau sedih mula mengalami depresi sehingga kewarasannya terganggu. Walaupun diajak berpindah, si ibu tegar mahu terus duduk di rumah usang berkenaan. Tiko pula hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan perumahan mereka lantaran boleh sesekali balik memantau Ibu Eny di rumah.
@pird0et #evakuasi Bu Eny #tiko anak Bu Eny yang sangat sabar merawat ibunya dalam kondisi depresi selama 12 tahun. #tiko #bueny #bangbrewtv #bangbrewtvkisahibueny #sadvibess #kisahpilu #masukberandafyp #foryoupage #viraltiktok

Sejak viral, keluarga belah sana muncul pertahankan diri
Kegigihan Tiko menjaga ibunya mula viral dan mengharukan ramai netizen. Pun begitu, ahli keluarga daripada isteri pertama sempat buka cerita dahulu rumah tangga Pak Herman dan Ibu Eny dilanda dugaan ekonomi. Digambarkan enggan hidup susah, dia menghalau Herman dan sebab itulah lelaki ini pergi membawa diri. Namun kata Tiko, dia cuma menceritakan kembali hal sedih yang diketahuinya sejak kecil.
“Keluarga belah sana mendakwan Tiko hanyalah anak angkat Ibu Eny, bukannya anak kandung. Namun apa jua yang diperkatakan, Tiko tetap menyayangi Ibu Eny”

Kredit : TikTok Inanas, pirdoet & Portal Jateng Tribunnews
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
