Suami Tetap Kena Bagi Nafkah Walau Isteri Dah Berduit? Ini Respon Ustaz

Apabila sudah berkahwin, seorang suami wajib menjalankan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anak khususnya dalam pemberian nafkah. Kadangkala, isu ini sering menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga apabila golongan isteri sering mempertikaikan kerana berasa tidak cukup dengan jumlah nafkah yang diberi suami. Dalam k0nteks ini, nafkah yang dimaksudkan adalah jumIah wang yang diberikan suami kepada isteri untuk perbelanjaan diri mereka. 

BACA: Bagi Nafkah Mak Tiap Bulan Tapi Bini Terabai. Bila Diminta, Ini Jawapan Suami! 

Gambar sekadar hiasan

Isu ini kembali hangat apabila baru-baru ini heb0h di media sosial tentang jumlah nafkah sebanyak RM500 yang diberikan pelakon Sharnaaz Ahmad kepada isterinya, Noor Nabila dan ramai menyatakan ia menjadi antara punca kakak kepada Neelofa itu inginkan perpisahan dalam perhubungan mereka. 

Sebagai seorang wanita, perkara ini pastinya menjadi satu isu yang sensitif dan mereka akan terus ‘bersuara’ bagi menegakkan hak para isteri. Namun, luahan pendapat seorang gadis di Twitter baru-baru ini tentang hal nafkah melibatkan rumahtangga selebriti itu telah mendapat respon seorang ustaz.  

Ramai rupanya masih tak faham bab nafkah ni

Ada suami yang tanggung 100% keluarganya

Ustaz Faisal menyatakan bahawa wang saku tidak termasuk dalam kategori nafkah sekiranya si suami telah menyempurnakan kewajipan untuk menyediakan keperluan asas buat keluarganya seperti tempat tinggal dan makanan. Namun, perkara ini bergantung juga kepada cara hidup keluarga masing-masing kerana cara setiap keluarga adalah berbeza untuk menentukan sama ada si suami telah menjalankan tanggungjawab pemberian nafkah ataupun tidak. 

Setiap keluarga berbeza caranya. Duit tak semestinya jadi nafkah

Gambar sekadar hiasan

Keperluan asas memang wajib suami sediakan

Melalui ruangan komen, ustaz ini dilihat telah berbalas komen dengan beberapa netizen yang mengajukan soalan kepadanya. 

Asasnya semua tu kewajipan suami 

Gambar sekadar hiasan

Kesimpulannya daripada respon ustaz ini, pemberian nafkah adalah wajib oleh para suami kepada semua tanggungannya. Akan tetapi nafkah itu boleh diberikan dalam bermacam cara dan tidak semestinya dalam nilai wang sahaja

Memang tak cukuplah RM 500 tu

Ustaz ini memberi responnya berkenaan perkara ini selepas membaca luahan pendapat seorang gadis di Twitter. Dalam  luahan tersebut, gadis ini telah menyatakan seorang suami wajib memberikan nafkah berupa wang kepada isterinya meskipun jika wanita itu sudah mempunyai wang yang mencukupi. Dia juga berpendapat jumlah nafkah sebanyak RM500 yang diberikan Sharnaaz buat Noor Nabila sememangnya tidak mencukupi jika dilihat pada hakikat bahawa mereka itu adalah golongan artis.  

Sumber: Twitter acaiijawe

Apa Komen Anda?