Viral drama

Suap Karipap Kantoi Dengan Jad, Babak Gedik Kak Ati & Ali Buat Ramai Blushing

Suap Karipap Kantoi Dengan Jad, Babak Gedik Kak Ati & Ali Buat Ramai Blushing

Selain watak Jad dan Arumi, kewujudan karakter Kak Ati pastinya cukup memberikan warna kepada drama ‘Bisik Bisik Gelora’ TV3. Kini sudah meniti ke episod-episod akhir, ia juga mula bertumpu kepada babak-babak Ali yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan Kak Ati.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Kau tak payah cerita panjang, daripada penjelasan kau dia ni memang cinta pertama kau…Tapi siapa?

Di satu klip lain yang dikongsikan Norreen, antara salah satu babak menarik antara Kak Ati dan Ali adalah apabila mereka kantoi bersuapan karipap di dalam kafe disaksikan Jad. Pada awalnya, pasangan berkenaan sepakat merahsiakan realiti hubungan tersebut daripada pengetahuan Jad. Sampailah satu hari, Jad mulai pelik mengapa sahabat baiknya tiba-tiba bertukar sikap menjadi mesra termasuklah memeluk erat sekali gus membuatnya menjadi geli geleman.

Kenapalah awak lama sangat nak jumpa saya? Share location sesat, rupanya depan mata

Pun begitu, suami Arumi itu benar-benar gembira apabila Ali memberitahu akan berkahwin tanpa menyedari wanita yang dimaksudkan adalah kakaknya sendiri. Meskipun terkejut, Jad telah memberikan restu dan semestinya merasa gembira apabila kakak kesayangannya bakal bertemu jodoh.

Masalahnya dua-dua dah kahwin in real life…Ulang-ulang tengok part ni sambil hempuk bantal

Menerjah ke ruangan komen, ramai netizen merasa terhibur dengan adegan melibatkan Norreen dan juga Mark Adam. Meskipun tidak pernah berganding sebelum ini, namun chemistry mereka dalam menjayakan setiap babak ‘gedik-gedik manja’ nyatanya cukup menjadi.

Suap Karipap Kantoi Dengan Jad, Babak Gedik Kak Ati & Ali Buat Ramai Blushing

Suap Karipap Kantoi Dengan Jad, Babak Gedik Kak Ati & Ali Buat Ramai Blushing

Suap Karipap Kantoi Dengan Jad, Babak Gedik Kak Ati & Ali Buat Ramai Blushing

Kredit : Instagram Norreen Iman & Mark Adam

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Suap Karipap Kantoi Dengan Jad, Babak Gedik Kak Ati & Ali Buat Ramai Blushing

Facebook

Telegram