“Suara Saya Memang Manja..” – Sedih Dicop Gedik, Gadis Viral Beri Penjelasan

Di saat seseorang itu mempunyai bilangan pengikut yang banyak di laman media sosial, pastilah setiap tingkah laku atau posting yang dikongsi akan menjadi perhatian ramai. Selain dapat berinteraksi dengan ramai kenalan di alam maya, antara faedah lain mempunyai followers yang ramai adalah menarik minat serta perhatian syarikat pengiklanan dan berniaga di platform tersebut. Namun lain pula jadinya yang menimpa Instafamous bernama Eyta Juwita ini apabila videonya di pusat membeli-belah telah menerima kritikan ramai baru-baru ini.

BACA: “Habis Semua Bear Kena Makeup” – Gelagat Gadis Manja Ini Jadi Perhatian Ramai

Selepas video itu dikongsikan semula oleh seorang individu di laman Twitter, ramai melemparkan komen yang bernada kecaman terhadap gadis kelahiran Tawau, Sabah ini. Selain gelagatnya memeluk beberapa patung mainan itu dikatakan hanya memberikan kotoran daripada solekan di wajahnya, rata-rata netizen turut menyifatkan aksinya dalam video itu sebagai gedik.

Kredit Foto: mStar

Advertisement

Terbaru, gadis berusia 22 tahun itu telah tampil untuk menyatakan reaksi balas terhadap semua komen itu menerusi satu pendedahan di portal mStar Online. 

Yang orang cakap saya peIuk bear sampai kotor sebab kena make up, hari tu saya pakai sikit saja. Lagipun saya dah beli patung yang digomoI tu. Tapi saya beli seekor tu je lah.

Advertisement

Pasal suara pula, memang suara saya kecil & manja macam tu. Itulah Eyta sebenar. Tapi tak adalah sentiasa manja. Ada masa serius, saya akan jadi serius..

Mengulas tentang kecaman yang diperoleh di laman sosial sejak beberapa hari yang lalu, Eyta tidak menafikan bahawa dia mengaku sedih membacanya. Mengakui suara dan sifatnya secara semulajadi memang seperti itu, dia bagaimanapun enggan ambil kisah dengan perkara tersebut dan fokus sahaja dengan kehidupannya. Jelasnya lagi, video tersebut dirakam hanya sekadar suka-suka sahaja untuk video parodi yang baru sekitar minggu lalu.

Advertisement

Sumber: IG eytajuwita & mStar

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?